Thursday, October 30, 2014

Wajah Berseri: Ikuti Langkah Mudah Menggunakan Nutriwhite Shaklee

Set Skin Care Nutriwhite dihasilkan oleh pakar kulit dan saintis di Jepun dan USA. Melalui proses pembangunan produk selama tiga tahun. Manakala pemilihan bahan aktif dan mentah diperolehi di 16 buah negara. 


Selain itu, Skin Care Nutriwhite ini mempunyai keistimewaan lain antaranya:
  • Penyelidikan dan kajian dijalankan secara menyeluruh.
  • Gabungan ramuan yang optimum.
  • Selamat dan berkesan.
  • Vitamin C derivatif yang selamat dan terbukti tanpa risiko kesan sekunder.
  • Campuran 16 nutrien botani yang kuatmembantu mengurangkan melani sedia ada.
Langkah Mudah Untuk Kulit Anda Kelihatan Lebih Cerah Dan Berseri



MEMBERSIHKAN

Produk:
Gentle Actio Make-Up Remover
Gentle Deep Foaming Cleanser


Arahan Penggunaan:
Sapu pada kulit yang basah. Bilas dengan air suam.

Fungsi:
Kulit menjadi bersih, licin, lembut, segar dan berseri. Menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa.

MEMPERBAHARUI

Produk:
Soothing Radiance Whitening Softener

Arahan Penggunaan:
Tuangkan sedikit pada kapas dan sapukan perlahan-lahanke seluruh muka leher.

Fungsi:
Memulihkan kulit pada keseimbangan pH semulajadi. Kulit akan berasa segar, lebih anjal, lembut dan berseri.

MENCERAHKAN

Produk:
Daily Defense Whitening Essence

Arahan Penggunaan:
Sapukan pada kulit yang bersih dan pada keseluruhan muka dan leher.

Fungsi:
Ia melicinkan, mencerahkan dan menegangkan. Membantu mengeluarkan pigmentasi, melembutkan dan mengurangkan tompokan. Menggelakkan kerosakan matahari. Mempunyai Vitamin C yang bertindak meningkatkan seri di wajah.

MERAWAT

Produk:
Spot Whitening Treatment

Arahan Penggunaan:
Sapukan sedikit ke kawasan gelap pada kulit. Sapu apabila diperlukan, sekali atau dua kali sehari. Elakkan terdedah dari cahaya matahari selepas penyapuan.

Fungsi:
Berkesan untuk mengurangkan selaan (tompokan) matahari dan jeragat. Mempunyai Vitamin C yang bertindak meningkatkan seri di wajah.

MEMPERBAHARUI

Produk:
Overnight Renewal Whitening Cream

Arahan Penggunaan:
Digunakan pada waktu malam, sapu perlahan-lahan pada keseluruhan wajah dan leher.

Fungsi:
Meremajakan kulit semasa waktu tidur. Apabila bangun dari tidur, kulit akan terasa lebih segar dan kelihatan lebih cerah.

AWAS!
Anda pasti teruja dengan keberkesanannya. Ingin memiliki wajah yang cerah dan berseri? Tidak mustahil ada yang cemburu. Dapatkan Set Skin Care Nutriwhite hari ini dengan hanya klik button di bawah dan ikuti langkah-langkah mudah untuk urusan pembelian.


Wednesday, October 29, 2014

Kesan Produk Kecantikan: Awas Bahaya Yang Menanti

Dewasa ini lambakkan produk kecantikan di pasaran begitu banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Produk lama dan baru saling bersaing untuk menambat hati pengguna. Tidak kurang juga produk yang wujud bagaikan iklan biskut, sekejap ada dan tetiba lesap. Kebanyakkan produk diiklankan dengan meluas dengan menjanjikan hasil yang diingini dalam jangka waktu yang singkat.

AWAS, jangan terpedaya. Mungkin ia mengandungi bahan terlarang yang boleh memberikan kesan buruk pada kulit. Selidiki dulu kandungan bahan yang digunakan. Semua orang ingin kelihatan cantik namun tiada jalan pintas untuk mendapatkannya.


Bagi anda yang masih tercari-cari produk kecantikan yang bebas bahan merbahaya juga terbukti secara klinikal, anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan produk Shaklee. Yang mana satu menjadi pilihan, Nutriwhite atau Enfuselle. Namun sebelum membuat pilihan, kenali dulu jenis kulit anda juga masalah kulit anda.

#1 - SKIN CARE NUTRIWHITE


Lebih sesuai untuk kulit normal yang tidak sensitif dan jerawat yang teruk kerana ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk. Produk Nutriwhite terdiri daripada:

❥ Gentle Action Make-Up Remover
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri.
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meinggalkan kesan.
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit.
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri.
❥ Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit.
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan.
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.
  • Lembut dan menyegarkan.
❥ Soothing Radiance Whitening Softener
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang.
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary.
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan.
  • Marshmallow melembapkan.
  • Ianya sangat berkesan.
❥ Daily Defense Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit.
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen.
  • Kacang Soya untuk melembutkan da mengurangkan tompok-tompok hitam.
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari.
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit.
❥ Ultimate Protection Whitening Lotion
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosak kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.
❥ Overnight Renewal Whitening Cream
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur.
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam.
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit.
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalika keserian wajah.
  • Pada waktu pagi,anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri.
❥ Spot Whitening Treatment
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat.
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
  • Cats Claw menegangkan kulit.
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus.
#2 - SKIN CARE ENFUSELLE
Sesuai untuk masalah kulit berminyak, terlalu kering dan sensitif. Ada 2 kategori produk Enfuselle.

Normal to Dry Skin

Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Terdiri daripada:

❥ Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang.
  • Hipoalergenik.
❥ Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit.
Hydrating Toner melegakan dan menyediaka kulit untuk rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal:
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
❥ Hydrating Moisturizer

Melembapkan Kulit Sehingga 24 jam.

Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta.

Terbukti berkesan secara klinikal.
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari.
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari.
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam.
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara.
  • Hipoalergenik.
❥ Eye Treatment

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara. 

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan Vitamin C memberika faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Normal to Oily Skin

Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat serta ensitif. Terdiri daripada:

❥ Purifying Cleasing Gel
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin Emenjadikan kulit terasa segar dan lembut.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang.
  • Hipoalergenik.



❥ Balancing Moisturizer

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  •  268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
❥ Eye Treatment


Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan Vitamin C memberika faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Untuk lebih mudah anda boleh rujuk pada gambar di bawah untuk memahami perbezaan di antara produk Nutriwhite dan Enfuselle.


Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai produk, pendaftaran keahlian juga nasihat eksklusif untuk anda, boleh berhubung terus dengan saya. 


Tuesday, October 28, 2014

Rahsia Mandi Air Sejuk

Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang lebih selesa mandi air panas terutamanya pada waktu pagi. Namun percayalah, air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan. Tak percaya? Berikut dinyatakan beberapa faedah apabila mandi dengan air sejuk.



Tingkatkan Sistem Imuniti
Mandi air sejuk boleh meingkatkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya.

Melegakan Selsema
Sekiranya anda terkena selsema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selsema haya akan meningkatkan lagi suhu panas di tubuh sekali gus menyebabkan hidung tersumbat.

Menurunkan Berat Badan




Berita baik kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini anda telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbanding air hangat kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekali gus mengurangkan berat badan.

Atasi Masalah Darah Beku
Bagi anda yang mengalami masalah darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga.

Hilangkan Tekanan




Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisme.

Sihatkan Paru-Paru
Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekali gus membuatkan anda mampu bernafas dengan baik dan selesa.

ツ Info :
Bagi meningkatkan tenaga waktu pagi, mandi menggunakan air sejuk. Ia juga membuatkan badan berasa lebih cergas dan bertenaga.

Monday, October 27, 2014

Miliki Rambut Sihat Dengan Petua Mudah

Tidak kira rambut anda jenis yang lurus, ikal atau kerinting, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus mudah dirapi, jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala si rambut kerinting sering dikatakan unik dan penampilan mereka mencuri tumpuan ramai. Namun mahkota wanita ini perlukan penjagaan rapi agar ia kekal sihat dan bersinar.


Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda juga perlu mengamalkan diet seimbang selain melakukan perawatan rambut. Tidak perlu ke salon, perawatan rambut ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Jom cuba petua tradisi untuk miliki rambut sihat dan bersinar.

#1 - Santan Hitamkan Rambut


Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, gosok kulit kepala secara perlahan-lahan dengan limau purut yang dibelah dua. Gosok secara rata dan bilas bersih. Lakukan selang sehari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selepas dua minggu, perap rambut dengan menggunakan santan kelapa. Sapu rata pada selruh rambut, kemudian balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 15-20 minit, cuci sehingga bersih. Santan bukan sahaja dapat menghitamkan rambut, malah ia menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

#2 - Daun Bunga Raya Melebatkan


Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu, balut kepala dengan tuala selama 30 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Daun bunga raya membantu melebatkan rambut dan membuatkan mahkota wanita berkilat.

#3 - Khasiat Lendir Lidah Buaya


Sesetegah wanita mengalami keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah ini, sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut. Perap selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering dan gugur.

#4 - Sapu Air Rendaman Kacang Hijau


Rendam secawan kacang hijau semalaman di dalam mangkuk. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala. Urut kepala perlahan-lahan. Biarkan sehingga rambut kering, bilas bersih. Amalkan selalu. Selain rambut menjadi semakin lebat dan halus, petua ini juga dapat membantu mengatasi migrain dan sakit kepala.

#5 - Manfaat Daun Rambutan


Daun rambutan muda sangat baik untuk merawat rambut kering dan bercabang. Penyediaan petua tradisi ini mudah saja. Ambil segengam daun rambutan muda, basuh bersih dan rendamkan dalam mangkuk air. Ramas sehingga keluar lendir, sapukan pada rambut. Lakukan petua ini tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

#6 - Kulit Tembikai Bersihkan Kotoran


Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kekotoran.

#7 - Yogurt Perapi Semula Jadi


Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini membantu merawat rambut rosak.

Sunday, October 26, 2014

Ketahui Khasiat Roselle Untuk Anda

Pasti ramai yang kurang jelas apabila disebut 'asam susur' tetapi jika roselle bagaimana? Sudah terbayangkah di fikiran akan kesegaran airnya serta kemerahan bunga yang diketahui mengandungi banyak khasiat.


Dipercayai, tumbuhan ini berasal dari benua Afrika. Saiz pokoknya boleh mencapai ketinggian lebih kurang empat sentimeter sementara batangnya pula berkayu di bahagian pangkal. Cara menanamnya mudah, sama ada menggunakan biji benih atau keratan dahan. Pucuk dan daun mudanya boleh dituai selepas tiga bulan ditanam sementara kaliks pula boleh dipetik dalam jangka masa 15 hingga 20 hari selepas bunga-bunganya dihasilkan.

Bahan Makanan
Kaliksnya boleh dijadikan sirap, jem dan agar-agar malah boleh diguna semula selepas dikeringkan dengan betul. Sementara itu, bijinya boleh dipanggang dan sesuai dijadikan pengganti minyak masak. Begitu juga pucuk dan daun muda yang boleh dimakan mentah atau dimasak biarpun rasanya sedikit masam dan berlendir.


Penawar
Rebusan kaliks boleh dijadikan minuman untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolestrol dalam darah selain merawat masalah arteriosklerosis.


Bijinya pula ditumbuk hingga lumat kemudian ditelan bagi melawaskan air kencing dan air besar.

Dipercayai, biji asam susur ini mengandungi unsur vitamin A, B dan C yang sangat bagus untuk kesihatan mata, sekali gus memelihara kecantikan kulit. Sesuai juga dibuat syampu dan tonik penyumbur rambut.

Sementara itu, bahagian akarnya boleh direbus dan diminum untuk dijadikan pembuka selera, mengubat masalah ulser usus seterusnya merawat arteiosklerosis.

Manfaat Tumbuhan
Selain bagus untuk kesihatan, tumbuhan ini boleh dijadikan sumber serabut seperti jut untuk dijadikan tali, guni dan industri pemprosesan kertas.

Info
Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh. Ia merupakan minuman masyarakat orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Kamus Anda!

Kaliks: bahagian bunga sebelah luar di antara kelopak dengan tangkai (yang menjadi pelindung semasa bunga belum kembang)
Arteriosklerosis: keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan.
Serabut: benda seperti benang, seperti yang terdapat pada sabut (kulit kayu); serat
Jut: pokok yang seratnya boleh dibuat guni dan lain-lain

Saturday, October 25, 2014

Kehamilan Dan 3 Penyakit Yang Perlu Anda Tahu

"Abang, saya hamil".
"Betul ke ni sayang?"
Si isteri hanya mengangguk laju dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir sejak dari awal. Dan mereka berpelukan serta mensyukuri kurniaan Allah SWT.


Berita tentang kehamilan adalah saat mengembirakan bagi pasangan suami dan isteri. Bakal lahir adalah bukti cinta di antara mereka, yang menjadi kesinambungan kepada keturunan. Namun adalah penting untuk ibu hamil mendapatkan informasi mengenai kehamilan yang mungkin bermasalah.

Kebanyakkan kehamilan tidak mempunyai masalah. Namun begitu terdapat beberapa keadaan yang memerlukan anda untuk lebih prihatin sepanjang tempoh kehamilan. Mari menyelongkar maklumat untuk anda ambil peduli agar anda dan kandungan selamat daripada sebarang masalah.

#1 - PRAEKLAMPSIA
Keadaan ini berlaku dalam satu daripada 10 kehamilan. Ia boleh timbul sekitar minggu ke-20 kehamilan sehingga beberapa hari sebelum kelahiran bayi. Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan uri yang menyebabkan kekurangan darah. Uri membekalkannya oksigen dan nutrien kepada bayi. Jika praeklampsia tidak dikesan dan berkembang menjadi eklampsia, ia boleh meragut nyawa anda dan bayi.

Golongan Berisiko Tinggi
Sesiapa saja berisiko untuk mengalami praeklampsia. Ini termasuklah ibu yang pertama kali hamil dan mempunyai berat badan berlebihan. Sekiranya anda berusia 40 tahun, anda juga berisiko. Begitu juga dengan anda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai praeklampsia, tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang. Sama juga halnya dengan anda yang pernah melahirkan bayi kembar dan pernah mengalami praeklampsia pada kehamilan terdahulu.

Simptom


Malangnya wanita yang mengalami praeklampsia tidak akan menyedari langsung simptom-simptom yang ada. Oleh sebab itu, pemeriksaan antenatal sangat penting. Dengan cara inilah, doktor dapat mengesannya melalui petunjuk daripada peningkatan tekanan darah, protein di dalam air kencing dan bengkak. Kesakitan di bahagian abdomen atas, muntah, sakit kepala yang teruk dan gangguan penglihatan juga merupakan antara petunjuk praeklampsia.

Kesan
Praeklampsia boleh menyebabkan uri gagal berfungsi dengan baik lalu memberi kesan kepada perkembangan bayi. Jika anda disyaki mengalami praeklampsia, kelahiran anda mungkin perlu proses induksi. Dalam kes yang lebih teruk, anda mungkin dinasihatkan untuk melahirkan bayi secara caesarean.

#2 - PLACENTAL ABRUPTION


Hal ini berlaku apabila uri secara keseluruhan atau sebahagiannya terpisah daripada dinding rahim.

Golongan Berisiko Tinggi
Kira-kira satu dalam 120 orang wanita akan mengalami keadaan ini tetapi tahap keseriusannya adalah berbeza antara satu sama lain. Tekanan darah tinggi, umur melebihi 35 tahun, mengalami trauma di bahagian abdomen seperti kecederaan akibat kemalangan kereta, merokok, minum alkohol dan penyalahgunaan dadah akan meningkatkan risiko placental abruption.

Simptom
Lebih kurang 80 peratus wanita hamil yang mengalami keadaan ini akan berisiko mengalami pendarahan. Ada juga yang mengalami sakit abdomen yang teruk dan kawasan sekitar rahim lembut. Kadang-kadang anda boleh mengetahui kawasan pendarahan di bahagian dalaman melalui ujian imbasan yang dilakukan oleh doktor.

Rawatan
Rawatan adalah bergantung pada tahap lekangan. Kadang kala pemisahan sebahagian atau yang kecil tidak mendatangkan masalah tetapi dalam kebanyakkan kes serius, bayi dalam kandungan perlu dilahirkan secepat mungkin, biasanya melalui kaedah caesarean.

#3 - GESTATIONAL DIABETES


Ia adalah diabetes yang dialami ketika hamil. Tubuh anda biasanya menghasilkan hormon insulin yang mengawal glukosa agar kekal dalam darah. Walau bagaimanapun, hormon kehamilan kadangkala boleh mengganggu proses ini.

Golongan Berisiko Tinggi
Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Namun segelintir ibu hamil lebih berisiko mengalaminya. Ini termasuklah golongan ibu berusia, yang mempunyai indeks jisim tubuh yang tinggi dan anda yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Simptom
Anda akan mengalami dahaga keterlaluan, kerap membuang air kecil dan mudah letih. Gula di dalam air kencing adalah salah satu simptomnya. Jika ia dapat dikesan, anda akan diberi ujian toleransi glukosa. Anda perlu minum air gula dan perlu mengambil ujian darah sebelum dan selepas meminum air gula bagi mengesahkan anda mengalami diabetes atau sebaliknya. Selain itu, jika doktor mendapati bayi bersaiz besar, anda juga perlu mengambi ujian yang sama.

Rawatan
Doktor akan memantau bagi memastikan tahap gula dalam darah adalah normal. Kebanyakkan wanita hamil mengawal diabetes dengan menjaga pemakanan dan senaman. Ada juga yang perlu mengambil suntikan insulin. Keadaan ini biasanya kembali normal sebaik sahaja bayi dilahirkan tetapi anda masih perlu menjalani pemeriksaan susulan selepas melahirkannya.

Friday, October 24, 2014

Kurangkan Demam Tinggi Dengan Serai

Serai adalah tanaman yang biasanya digunakan dalam masakan Asia. Dikenali dengan nama lemongrass, herba ini dikatakan mampu menyediakan kebaikan terapeutik dan perubatan. Serai yang digunakan dalam masakan tergolong dari keluarga Graminanea. Terdapat dua spesies serai yang digunakan dalam masakan iaitu Cymbopogon Citrates dan Cymbopogon Flexus.


Pokok serai banyak ditanam di kawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia. Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangka hayat panjang dan mengeluarkan bau. Pokok serai tumbuh rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai boleh tumbuh mencapai sehingga satu meter tinggi.

Daun serai berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna hijau, lurus dan bersusun secara teratur. Daunnya licin, urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungi sebagai batang pokok. Pokok serai juga mengeluarkan bunga pada peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

Bahan kimia utama yang ditemui dalam serai adalah sitral, iaitu sejenis sebatian beraroma yang turut dikenali sebagai lemonal. Sitral banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi kerana bau seperti lemon. Sitral adalah sejenis antimikrob dan ia dikatakan berkesan dalam memusnahkan atau menyekat mikroorganisma.

Sitral turut mengandungi sifat-sifat antikulat. Kimia ini juga memiliki sifat-sifat feromon. Ini menerangkan sebab ia digunakan dalam industri sebagai penjauh serangga. Ia dikatakan memiliki kesan posotif terhadap kebolehan menggunakan vitamin A.

Dikatakan sebatian myrcene, citronellal, geranyl acetate, nerol dan geraniol turut ditemui dalam kuantiti berbeza dalam sitral. Myrcene, geraniol dan nerol menyumbang terhadap bau kuat serai. Dikatakan juga serai memiliki sifat-sifat rubefasien (ubat gosok). Ini bermakna ia dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah.

Serai dikatakan digunakan meluas untuk melegakan masalah pernafasan termasuklah laryngitis dan sakit tekak. Serai juga dikatakan memiliki reputasi bersifat antipiretik atau menambah pengeluaran haba yang dikatakan mampu mengurangkan demam denggi. Dikatakan jika menghidu wap cecair serai mampu meningkatkan perpeluhan dan akhirnya menghilangkan demam dengan sepenuhnya.

Bantu Masalah Kulit
Sifat-sifat melegakan sakit yang diperoleh daripada serai dikatakan mampu melegakan kekejangan otot dengan melegakan otot-otot sekali gus membawa kepada pengurangan gejala-gejala berkaitan sakit. Sifat-sifat ini juga berguna untuk semua jenis penyakit termasuklah sakit perut, sakit kepala, sakit sendi, sakit otot, kekejangan saluran pencernaan, kejang otot dan lain-lain.

Dikatakan serai turut memiliki sifat-sifat anti kemurungan. Ia dikatakan berguna untuk masalah berkaitan dengan tekanan dan saraf. Ia dikatakan mampu membantu dalam melegakan gejala-gejala kegelisahan dan kemurungan. Ia dikatakan mampu menguatkan sistem saraf dan dikatakan berguna untuk masalah seperti Parkinson.

Kehadiran vitamin A dalam serai dikatakan ia berguna utnuk membantu masalah kulit seperti jerawat. Ia dikatakan mampu mencerahkan kulit dan mata serta menghilangkan kulit berminyak. Sifat-sifat antibakteria dalam serai dikatakan berguna untuk masalah jangkitan kulit. Dikatakan juga serai mampu memperbaiki masalah bau badan dengan mengawal perpeluhan berlebihan.

Di Malaysia, dikatakan serai digunakan untuk merawat diuretik atau melawas kencing, tonik, merangsang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan sebagai teh. Batang serai dikatakan digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan.


Tampalan daun serai dikatakan boleh dilumatkan dan boleh digunakan untuk menghilangkan sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Air rebusan daun dan akar serai dikatakan boleh digunakan untuk mencuci buah pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya dikatakan boleh digunakan sebagai pewangi syampu dan minyak wangi.

Walaupun terdapat pebagai khasiat dan kegunaan serai, namun begitu untuk tujuan perubatan perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.