Thursday, January 30, 2014

Rambut Lurus Idaman Kalbu

Ingin memiliki rambut lurus tanpa perlu melakukan teknik rebonding di salon? Bolehkah? Sebenarnya BOLEH. Ada petuanya untuk meluruskan rambut yang berkesan. Bahan-bahan yang diperlukan hanya susu, minyak rawatan panas, santan dan madu.
✤ Menggunakan Susu
susu
Anda perlukan 1/3 cawan susu. Sebelum itu anda perlu mencuci rambut dan biarkan ia betul-betul kering.  Kemudian ratakan susu tadi pada rambut anda. Biarkan ia meresap pada rambut kira-kira 20 minit. Selepas itu anda boleh mencucinya. Ambil sikat dan sikat rambut anda dengan perlahan-lahan sementara ia masih basah. Amalkan selalu sehingga anda perolehi hasilnya.
✤ Menggunakan Rawatan Minyak Panas
minyak1
Kebiasaannya kita ketahui ia digunakan untuk membaiki rambut yang rosak. Namun ia juga sebenarnya boleh digunakan untuk meluruskan rambut anda kerana bertindak melembabkan folikel rambut. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan minyak rawatan panas (yang boleh di beli di pasaraya mahupun farmasi) ke dalam mangkuk dan panaskan. Untuk memanaskannya anda perlu mengikut arahan pada label minyak rawatan panas yang anda beli. Kemudian, ratakan ia pada keseluruhan kepala. Bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 15 hingga 30 minit. Di samping dapat meluruskan rambut, ia juga dapat membuatkan rambut anda menjadi sihat dan bersinar. Lakukan seminggu sekali untuk terus memiliki rambut yang lembut, berkilat dan lurus.
✤ Menggunakan Santan
santan
Santan memang diketahui banyak memberi manfaat pada rambut. Ia lebih berkesan apabila digabungkan dengan ramuan lain. Contohnya, anda boleh menambahkan jus lemon ke dalam segelas santan kelapa dan kemudian biarkan ia sejuk. Anda akan dapati setelah beberapa minit ia akan bertukar menjadi pes yang berkrim seperti yogurt. Inilah masanya untuk anda menggunakannya. Sapu pada keseluruhan kepala kemudian balut dengan tuala panas. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan bersyampu seperti biasa dan bilas bersih. Sikat rambut anda secara lembut ketika ia masih basah. Ulanginya selama 3 minggu dan anda akan lihat rambut anda beransur-ansur menjadi lurus. Malah bukan itu sahaja ia berkilat dan lebih sihat.
✤ Menggunakan Campuran Susu dan Madu
madu
Susu dan madu apabila digabungkan boleh digunakan untuk meluruskan rambut. Bukan itu saja ia juga dapat melindungi rambut anda dari mengalami masalah kerosakkan yang teruk dan memastikan ia terus sihat. Tuang susu ke dalam cawan. Kemudian tambahkan satu sudu teh madu ke dalamnya. Kacau, kemudian lumurkan campuran ini pada rambut anda. Biarkan selama dua jam. Kemudian cuci dan bersyampu seperti biasa. Bilas bersih dan sikat rambut anda sementara ia masih basah. Sikat secara perlahan dan anda akan kagum dengan hasilnya.
Ohhhh tidak susah kan. Cuma anda perlu rajin untuk mengamalkannya. Selamat mencuba!

Sunday, January 26, 2014

7 Khasiat Yogurt untuk kecantikkan

Tidak perlu membazir wang membeli produk mahal. Sebaliknya gunakan sahaja bahan alami. Selain mudah didapati dengan harga berpatutan, ramuan semulajadi ini juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. Syaratnya, anda mesti rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah anda.
yogurt
ツ Kulit lebih halus
Bagi yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar, lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

ツ Atasi kulit terbakar
Sesetengah wanita mengalami masalah kulit terbakar (sun burn) apabila terdedah lama di bawah cahaya matahari terutama jika anda bercuti di pulau atau pantai. Kesannya kulit akan menjadi merah dan mengelupas. Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. InsyaAllah kulit akan pulih seperti sedia kala.

ツ Bantu mengecutkan jerawat
yogurt 3
Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita. Kehadiran jerawat bukan sahaja menyakitkan malah ia juga mencacatkan penampilan wajah anda. Jangan susah hati, cuba aplikasi petua ini. Bersihkan wajah, kemudian sapukan yogurt secara nipis di bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas bersih. Jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
ツ Lebih cerah sekata
yogurt 2
Ingin miliki kulit cerah sekata? Ayuh! Cuba ramuan istimewa ini. Campurkan yogurt dengan pati lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Lakukan tiga kali seminggu, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
ツ Rahsia awet muda
Apabila wajah mula menampakkan garis halus, anda perlu bertindak segera mengekang proses penuaan. Tidak perlu ke pusat  estetik untuk merawat wajah, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan tiga kali seminggu, wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.

ツ Buang sel kulit mati
Yogurt juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut. Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapukan pada seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama 15-20 minit dan gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini. Ia dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.

ツ Rambut lebih sihat, bersinar
yogurt 4
Yogurt megandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein dan vitamin D. Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit dan bilas bersih.
❀❀❀INFO❀❀❀
❥ Untuk melakukan perawatan tubuh, wajah dan rambut hanya gunakan yogurt asli sahaja.
❥ Jika kulit terasa gatal atau berjerawat setelah menggunakannya sekali, ini adalah petanda anda alergi terhadap yogurt atau mungkin semua produk dari susu.

Saturday, January 18, 2014

Kepentingan Antibiotik semulajadi Garlic Complex Shaklee

Pada suatu ketika dahulu iaitu seawal 3000 SM, orang-orang Babilon telah menggunakan bawang putih sebagai ubat. Ubatan yang berasaskan bawang putih itu digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik pula menunjukkan bahawa bawang putih digunakan sebagai pencuci darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh seperti merkuri dan kadmium. Selain itu, penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Tahukah Anda.
Terdapat banyak makanan tambahan yang berasaskan bawang putih berada di pasaran. Namun, perlu diketahui bahawa tidak semua makanan tambahan bawang putih itu adalah sama. Kebanyakkan bawang putih termasuk serbuk bawang putih serta kapsul  minyak bawang putih diproses dengan kaedah pemprosessan yang mengurangkan atau menghapuskan kandungan ALLICIN yang terdapat pada bawang putih. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan manfaat utama bawang putih adalah berkait rapat dengan Allicin.
Ketahui kepentingan Garlic Complex Shaklee kepada kesihatan tubuh
  • Meningkatkan tahap sisyem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  • Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dn yis candida.
  • Membantu mengatasi masalah alergi - meningkatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit alergi seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selsema dan hepatitis.
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaliu menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  • Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  • Menggelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutamanya pada kaki dan pergelangan tangan.
  • Membantu menanggani masalah organ-orgn pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selsema dan resdung (sinus).
  • Bagi yang mempunyai diabetes, Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.
  • Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
❥ kerongkong dan telinga (throat and ear infection)
❥ perut memulas (stomach upset)
❥ cirit-birit (diarrhea)
❥ bronkitis
❥ luka-luka (infection wounds)
❥ jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada
❥ sistem air kencing

Garlic Complex Shaklee adalah antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan. Ia selamat untuk anda sekeluarga.
Garlic
Hubungi saya untuk pertayaan produk, konsultasi dan harga.
Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Friday, January 17, 2014

Antibiotik dan Antibakteria Semulajadi daripada Garlic Complex Shaklee

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
garlic complex
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.
Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia
bwg putih
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

✔ Pengekalan 100% Allicin aktif.
✔ Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic.
✔ Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
✔ Mengandungi pelbagai jenis Vitamin E untuk meningkat sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan Vitamin E yang digunakan daam dunia perubatan adalah y-tocopherol.
✔ Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

Hubungi saya untuk pertayaan produk, konsultasi dan harga.
Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Monday, January 13, 2014

LEMAK dan GULA perlu dielak ketika berdiet

Adakah anda tahu bahawa lemak dan gula adalah musuh paling utama bagi individu yang ingin berdiet. Malah keduanya berupaya membuatkan berat badan naik mendadak sekaligus menjadikan tubuh kelihatan 'membengkak'. Sungguhpun begitu, manakah di antaranya lebih meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan?
berat
Secara umumnya, lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun, olahan makanan yang telah dipelbagaikan menjadikan keduanya bahan yang membahayakan.
LEMAK
burger
Sebenarnya, pakar pemakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaannya, tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 30 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:-
1. Lemak baik - Ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang memberi banyak manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf.
2. Lemak tepu - Lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu serta daging yang mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan dan kalsium.
Bagaimanapun, jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20 gram sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.
3. Lemak trans - Lazimnya, lemak jenis ini boleh diperoleh pada makanan proses yang tidak mampu dicerna oleh tubuh secara efektif. Kandungan lemak trans itu akhirnya meningkatkan kemasukan kolestrol jahat, menyumbat saluran arteri dan mencetuskan masalah pada jantung.
GULA
gula
Sementara itu, gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang kompleks dan sederhana.
1. Karbohidrat kompleks - Ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya, tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara terus. Oleh kerana itulah, gula yang dihasilkan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utama yang diterima oleh badan manusia.
2. Karbohidrat sederhana - Boleh ditemui dalam roti, biskut serta kuih-muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada tempoh waktu yang singkat. Gula yang terhasil daripada proses ini boleh dianggap sebagai penyebab diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti.
Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan agak-agaknya yang mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan memberi cadangan agar keduanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya terhadap kesihatan.

Sunday, January 12, 2014

Minum air masak secukupnya: Kenapa ianya penting?

Tidak ramai yang mempunyai kesedaran mengapa kita disarankan untuk mengambil air sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari. Kadar keperluan air dalam badan bergantung kepada berat individu. Bagi setiap 25kg berat individu, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air.
Contoh: Berat Salmah 70kg = Air yang diperlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
Ada juga yang berpendapat tips kurus adalah dengan memastikan minum air mengikut berat terkini anda X 0.07 = jumlah air yang perlu diminum (Liter) sehari. Berapa pun jumlahnya, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2L air sehari.
minum-air-putih
Air meliputi hampir 70% komposisi dalaman kita. Air yang mencukupi membantu dalam:
✔ proses penghadaman yang mana ia membantu sebagai pengalir sentiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan.
✔ kelembapan kulit
✔ melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
✔ proses menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan.

Anda boleh cuba sendiri:
Rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

ARTIKEL di bawah mungkin boleh membantu anda untuk lebih memahami mengapa kita perlu minum air masak secukupnya. - Sumber dipetik dari MamaFaiz.
"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.
Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.
Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Tahukah Anda.
Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh:

✔ Mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%
✔ Mengurangkan risiko kanser payudara 79%
✔ Mengurangkan kanser pundi kencing 50%

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, namun tidak ramai yang sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).
Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
PENTING: Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.
mengantuk
Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah). Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
Air untuk buang lemak. Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul. Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.
Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.
Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan. Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.
“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari.  Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya  pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Saturday, January 11, 2014

Sembelit dan Bau Badan: Atasinya dengan Alfalfa Shaklee

Alfalfa Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an yang dikenali sebagai "Raja Segala Tanaman". Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia sahaja. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.
Alfalfa Shaklee
Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesa dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak kerana daun yang matang kaya dengan klorofil.
Daun-daun ini akan dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.
PENTING!!!
Alfalfa sangat bagus untuk usus Anda! Ini adalah satu berita baik untuk mereka yang mengalami masalah bau badan dan sistem penghadaman.
Tahukah anda, sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat? Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati.
Jika kita berusaha untuk badan kita tetpi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita!
Bagaimana kita boleh mengetahui badan kita telah terbeban dengan pengumpulan sisa toksin? Ketahui simptom-simptonnya.
◕ Penghadaman yang tidak sempurna
◕ Sembelit
◕ Kembung perut
◕ Kelesuan
◕ Berat badan naik
◕ Keadaan kulit yang tidak sihat
◕ Tekanan mental
◕ Tidur yang tidak lena
◕ Ruam kulit, sakit tekak
◕ Daya tumpuan lemah
◕ Sakit kepala, mulut berbau
◕ Tahap glukos darah yang tidak seimbang
◕ Mukus berlebihan dan badan berbau


Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan adalah sangat tinggi.
Anda disarankan untuk mengambil Alfalfa kerana sifat klorofilnya yang anti-bakteria. Jika kita mengambil alfalfa, bakteria punca bau akan dapat dihapuskan.
kebaikan alfalfa
Selain itu Alfallfa dapat membantu:
◕ Melegakan sembelit
◕ Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
◕ Menyokong kesihatan usus
◕ Membantu menyahtoksinkan badan
◕ Membantu mengurangkan berat badan
 

Masih lagi dalam MOOD PROMOSI TAHUN BARU. Dapatkan Alfalfa untuk membantu menyahtoksinkan dari badan anda.
Hubungi saya untuk pertayaan produk, konsultasi dan harga.
Ina Eryna
♥ Shakle Independent Distributor [ID No : 887918] 
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Email: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik


Friday, January 10, 2014

10 TIP miliki tubuh pejal dan seksi

Ramai wanita berjaya menurunkan berat badan menerusi diet namun tubuh mereka tidak menawan kerana mengalami masalah menggeleber dan wajah nampak pucat. Sebenarnya, tubuh cantik, bukan bererti kurus semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi struktur tubuh, berbentuk, pejal dan kulit yang sihat. Apa cara untuk mendapatkan tubuh sebegini? Ini tipnya.
1. Minum air putih 8 gelas sehari
Cold-Water
Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air putih. Ia membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga ginjal dan membuatkan kulit lembap. Selain itu, air putih membantu meningkatkan metabolisme dan membuang toksin dalam tubuh.
2. Senaman membentuk tubuh
senaman-belakang9
Pilih senaman yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Aerobik antara senaman yang dikatakan paling efektif untuk langsing kerana ia melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Senaman ini membuatkan tubuh menjadi pejal. Agar tubuh lebih menarik, lakukan senaman khusus seperti latihan angkat beban dan aktiviti renang, ia membantu membentuk dada dan lengan yang cantik.
3, Memanjakan diri di spa
spa
Beri ganjaran kepada diri sendiri selepas bertungkus lumus bekerja. Belai tubuh dan wajah di spa, rawatan ini membantu anda tampil anggun dan bertenaga. Rawatan sauna dan mandi herba misalnya dikatakan dapat membantu membuang toksin dan membakar lemak. Begitu juga dengan rawatan lulur yang menyingkirkn sel mati dan membuatkan kulit anda mulus.
4. Elak makanan segera
segera
Makanan segera adalah musuh utama untuk kesihatan anda. Ia bukan sahaja mahal malah mempunyai kalori yang tinggi dan serbuk perasa. Makanan ini juga menyebabkan berat badan meningkat dan menyumbang kepada masalah kesihatan lain. Lantaran, gantikan makanan segera dengan menu sihat seperti aneka salad, kerabu, buah-buahan dan lauk pauk yang dikukus.
5. Suplemen yang sesuai
suplemen
Hari ini suplemen menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat moden. Tidak salah mengambil suplemen untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi namun anda perlu mendapatkan nasihat doktor.  Pilih suplemen yang sesuai dengan diri anda, misalnya vitamin C untuk kesihatan dan kecantikkan atau suplemen serat yang dikatakan dapat membantu melancarkan penghadaman.
6. Lebihkan pengambilan buah dan sayur
buah
Biasanya masyarakat Malaysia gemar mencuci mulut dengan hidangan manis seperti aneka kek, puding dan ais krim. Pencuci mulut seperti ini akan menyebabkan berat bertambah dan lambat laun menyumbang kepada penyakit kencing manis. Anda masih boleh menikmati hidangan enak dengan memilih hirisan buah-buahan segar seperti limau, tembikai atau betik. Selain buah, banyakkan makan sayur-sayuran yang sangat tinggi khasiat untuk kesihatan dan kecantikkan.
7. Krim pelangsingan
Bagi yang berdepan dengan masalah selulit, anda boleh menggunakan krim pelangsingan. Sapukan di bahagian yang bermasalah secara konsisten. Pilih produk yang selamat dan diperbuat daripada bahan alami. Cara ini, bahagian tubuh yang bermasalah seperti peha dan pinggul dapat dikecilkan.
8. Losen pelembap
sapu
Amalkan menyapu losen pelembap pada tubuh setiap kali selepas mandi, ia dapat mengatasi kulit kering. Bagi wanita yang bekerja di dalam bilik penghawa dingin, sapukan losen dengan lebih kerap.
9. Urutan lancarkann perjalanan darah
urut
Pelbagai jenis urutan seperti tradisional Melayu, Jawa, Bali mahupun Thai dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan darah. Urutan ini juga membuatkan tubuh berasa relaks dan memecahkan lemak pada tubuh. Tubuh juga berasa segar dan isi menjadi lebih pejal.
10. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Makan makanan berasas karbohidrat dalam kuantiti sedikit. Karbohidrat yang baik dari buah seperti pisang, sayuran dan gandum. Karbohidrat membekal tenaga pada tubuh, jadi jangan tiggalkan terus kumpulan makanan ini. Lebihkan pengambilan protein kerana ia membentuk otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan. Menu yang disarankan berasaskan ikan, kekacang, ayam dan tenusu.

Thursday, January 9, 2014

Bahaya menanti pada garam tersembunyi

Menikmati makanan yang digemari memang menyeronokkan apatah lagi apabila cara penyediaan dan rempah ratusnya kena dengan selera kita. Namun, harus disedari di sebalik kesedapan itu tersembunyi penyakit yang menanti.
Penggunaan garam berlebihan nyata mengundang masalah kesihatan kepada golongan muda mahupun yang telah berusia. Meskipun tidak digunakan secara nyata, namun kandungan garam yang tersembunyi lebih mudah didapati dalam makanan sehari-hari iaitu jenis 'segera'.
salt(1)
Antara sedar dengan tidak, rata-rata masyarakat sekarang mengambil 16 hingga 30 kali lebih banyak garam daripada jumlah yang diperlukan.
Di Britain, saintisnya menganggarkan bahawa pengambilan garam yang tinggi boleh mengakibatkan kematian pra-matang kira-kira 40,000 nyawa dalam tempoh setahun.
Berbanding Amerika Syarikat kebanyakkan rakyatnya mengambil kira-kira 3 1/2 paun natrium dalam tempoh setahun sekaligus membuktikan bahawa mereka telah menggunakan sekurang-kurangnya tiga ke lima kali ganda natrium yang dibenarkan bagi mencukupkan keperluan.
Persoalannya, berapa jumlah yang dibenarkan200 mg natrium atau kurang adalah purata yang paling ideal bagi pengambilan garam untuk sehari. Secara tidak langsung, ia mempunyai 1/10 sudu kecil garam yang diperlukan. Bagi individu dewasa yang sihat tubuh badan, mereka mengekalkan imbangan natrium harian serendah 0.07 hingga 0.5 gram (70 - 500 mg).
Berdasarkan statistik yang diambil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan natrium (garam) untuk sehari seharusnya tidak lebih dari 2400 mg bersamaan dengan satu sudu kecil.
Bagaimanapun, kerana sikap lepas pandan dan ambil mudah dalam banyak perkara maka kita sebenarnya telah mengambil garam lebih dari jumlah yang dibenarkan lantaran terpengaruh dengan pujukan makanan segera atau yang telah diproses. Sudahnya penggunalah yang akan terhimpit dan terbeban dengan masalah kesihatan.
Jadi, segeralah bangkit dan betulkan kesilapan untuk menjadi pengguna bijak. Pilih makanan yang berkhasiat untuk tubuh  dengan memastikan sukatan garam dikurangkann. Kata orang, kesedapan makanan hanya sekejap tetapi kesan penyakitnya mengambil tempoh masa yang lama untuk dipulihkan.
Ambil perhatian
Berikut adalahbeberapa jenis makanan yang selalu kita ambil seharian namun sebenarnya perlu diberi perhatian kerana kandungan garamnya.

:: ROTI
roti
Mungkin ramai yang tidak menyedari akan rasa masin yang terdapat pada roti. Dikatakan, sepotong roti mengandungi 230 mg sodium. Ini bermakna, jika kita mengambil tiga keping roti maka jumlah garam yang diperlukan oleh tubuh telah mencapai tahap maksima (1000 - 1250 mg sehari).
Itu belum lagi dengan campuran makanan lain. Oleh itu berhati-hatilah sewaktu memilih roti kerana terdapat banyak pilihan di pasaran. Sebaiknya, belilah roti yang kurang kandunga garam (boleh dilihat di bahagian fakta nutrisi) demi kesihatan yang berpanjangan.
:: DAGING PROSES
sosej
Pada dasarnya, sosej adalah sejenis makanan yang diproses dari daging beku atau daging yang telah diawet. Bagi mengekalkan tahap ketahanan daging berkenaan, ia diawet bersama garam. Di sini, jelas menunjukkan berapa daging berkenaan mempunyai kandungan garam yag tersembunyi.
Dikatakan, kandungan garam di dalam daging beku berkenaan boleh sampai hingga 1050 mg sekaligus membahayakan kesihatan. Begitu jugalah kandungan ikan masin. Semuanya tinggi garam dan perlu dielakkan segera.
:: PIZA
grilled-pizza
Tahukah anda bahawa garam banyak tersembunyi di dalam hidangan sebiji piza. Bermula dari adunan, sos tomato, keju, daging dan beberapa lagi bahan yang disediakan untuk 'topping'. Semuanya 'kaya' dengan garam.
Jadi, sebelum membeli anda dinasihatkan supaya membuat pesanan dan pilihan untuk piza yang lebih sihat. Mungkin tukarkan roti bersama toping sayuran.
Alternatif
Buntu dengan penggunaan garam yang terhad membuatkan anda malas memasak. Usah begitu kerana setiap masalah pasti ada sumber alternatifnya. Mungkin, beberapa lagi bahan di bawah boleh menggantikan 'garam' yang hilang. Antaranya ialah:

:: LEMON
lemon
Perahan lemon memberi sedikit rasa masin pada makanan. Walaupun tidak secara nyata namun, rasa masinnya tetap ada selain rasa masam. Ternyata, ia adalah pengganti garam yang boleh digunakan sama ada untuk hidangan salad atau makanan panggang.
:: KICAP RENDAH GARAM
kicap
Kicap mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. Jadi, cuba dapatkan kicap yang rendah tahap garamnya. Dikatakan juga, kicap berkenaan dihasilkan khusus untuk pesakit yang menderita darah tinggi.
:: SERBUK BAWANG PUTIH
serbuk
Bagi mendapatkan serbuk bawang putih memang mudah, sama ada membuat sendiri atau membeli sahaja di kedai. Apa yang membezakan adalah cara memprosesnya kerana jika dibeli sudah pasti kandungan garamnya tinggi. Lebih baik buat sendiri. Caranya ialah dengan menggoreng bawang putih dan giling sampai halus. Selepas itu taburkan ia dalam masakan yang anda gemari.
:: CUKA
cuka
Gunakan cuka sebagai pengganti garam untuk menyediakan salad atau sup. Mungkin ada rasa sedikit masam tetapi tidaklah sampai mencacatkan hidangan. Ingat, jangan gunakan cuka masin.