Saturday, November 23, 2013

CoQ Health Shaklee: Penawar Sakit Jantung

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10, Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
coq
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10. Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Fungsi Co Enzim Q10 :
✿  menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
✿ bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
✿ membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin meningkat, maka kandungan Co Enzim Q10 dalam badan juga turut merosot. Oleh yang demikian, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan.
Coenzyme Q10 (CoQ10) boleh menangani masalah serangan jantung dan penyakit ini dikenalpasti sebagai pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai peratusan CoQ10 yang rendah di dalam sel-sel otot jantung dan ia membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 ia dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Manfaat lain Co Enzim Q10 :
✔ kesihatan kardiovaskular
✔ menangani penuaan
✔ menangani tekanan darah tinggi
✔ menangani keletihan
✔ kesihatan ginjal
✔ migrain
✔ kesihatan saraf & otak
✔ terapi Statin
✔ menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
✔ kesuburan lelaki
✔ kesihatan pergigian

Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
:: Ia mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
:: Ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Pengambilan yang disyorkan:
Diambil selepas makan terutamanya selepas mengambil makanan yang berlemak dan berminyak.

ISTIMEWA HANYA UNTUK ANDA!!!!!!!!
Jaga kesihatan JANTUNG anda bermula hari ini dengan CoQ Health. Dapatkan harga super duper special dengan menghubungi saya. Nak bagi hadiah kat parents pun boleh :)

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

29 Tip Jimat Cantik Paling Mudah

Setiap daripada kita sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Kekangan masa adakalanya membuatkan kita lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikkan tubuh badan. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana jika kita tahu sebahagian tip yang boleh diamalkan untuk menjimatkan masa dan tenaga anda. Semoga 29 tip yang disenaraikan ini dapat membantu anda untuk terus kelihatan GORGEOUS!!!!
lemon strawberry 5
✔ Timun sejuk untuk segarkan mata.
✔ Minum 2 liter air setiap hari.
✔ Uncang teh untuk mata letih.
✔ Taburkan bedak talkum di rambut dan sikat untuk menyegarkannya.
✔ Pakai losyen dan stokin untuk kaki lembut.
✔ Cukur bulu kaki menggunakan perapi rambut.
✔ Gunakan jus lemon untuk rambut berkilau.
✔ Minumlah sedikit susu.
✔ Gosok buah strawberi pada wajah untuk elakkan freckle.
✔ Sapukan ubat gigi pada kawasan gigitan serangga.
✔ Simpan pengilat kuku dalam peti sejuk.
✔ Gunakan baking soda pada gigi untuk memutihkannya.
✔ Vaseline untuk mencantikkan bulu kening.
✔ Lipstik di pipi jika anda kehabisan pemerah pipi.
✔ Sapukan minyak wangi pada sikat.
✔ Lakukan 'fish pedicure'.
✔ Sudu sejuk untuk kurangkan mata bengkak.
✔ Madu sebagai masker wajah.
✔ Stim wajah dengan air tambahan herba segar.
✔ Panaskan penggulung bulu mata sebelum guna.
✔ Tidur terlentang untuk elakkan kedutan.
✔ Tambahkan gula pada sabun sebagai skrub.
✔ Jus lemon untuk memutihkan kuku.
✔ Simpan pensil kening dan pensil mata di dalam peti sejuk.
✔ Gosok wajah dengan kiub ais atasi kedutan dan jerawat.
✔ Alas bantal sutera elakkan kedutan.
✔ Serbuk kopi sebagai skrub untuk atasi selulit.
✔ Hiris avokado dan gunakan sebagai skrub badan.
✔ Mandi air sejuk untuk jadikan payudara besar.

Interferon: Pengambilan dan Kegunaan

Keadaan cuaca yang tidak menentu boleh mempengaruhi masalah kesihatan kita. Tidak terkecuali kepada golongan tertentu sahaja malah semua orang boleh terdedah dan berisiko untuk mendapat demam, batuk dan selsema. Percaya atau tidak, dalam keadaan tertentu apabila kita pergi ke klinik, rata-rata kesemuanya sedang mendapatkan rawatan untuk “Pakej 3 beradik kembar” ni.
TAHUKAH ANDA!
hidung
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita namun di situ juga terdapat sistem pertahanan semulajadi badan manusia.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan ialah:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun badan kita yang unik terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
Sistem imun kita bekerja setiap hari selama 24 jam tanpa henti namun tidak mustahil ia boleh berlaku sebaliknya. Ia boleh terhenti secara tiba-tiba. Apakah puncanya? Kenapa sistem imun badan kita terganggu?
CUACA! Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Faktor psikologi seperti stress dan corak pemakanan yang merapu-rapu juga boleh menyebabkan ia terganggu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Ada dua matlamat yang cuba diketengahkan iaitu:
:: Pertama
Untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia.

::Kedua
Untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah NUTRIFERON.

Kepentingan INTERFERON dalam bidang perubatan IMMUNOLOGI
Dalam bidang immunologi, interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam badan untuk melawan jangkitan virus. Merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yag perlu dirangsang pada perigkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus.
Terdapat dua jenis nutriferon iaitu:-
✰ Interferon-alfa (leukocyte interferon) dihasilkan oleh leukosit dijangkiti virus, dll.
✰ Interferon-beta (fibroblast interferon) dihasilkan fibroblast yang dijangkiti oleh virus, atau sel-sel epitelium dijangkiti virus, dll.

Aturan pengambilan NUTRIFERON yang disyorkan
✹ Nutriferon digalakkan diambil bersama vitamin C.
✹ Untuk memelihara kesihatan yang terbaik: 1 peket sehari (tuang terus ke dalam mulut atau boleh dicampur dengan minuman panas mahupun sejuk mengikut citarasa sendiri pada bila-bila masa sahaja).
✹ Bagi yang sedang melawan dan mendapatkan rawatan influenza dan kanser – disyorkan ambil 2-3 peket nutriferon sehari.
✹ Boleh diambil setiap hari untuk meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

KEGUNAAN INTERFERON
1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sisem imun tubuh.

2. Melindungi dari influenza.
Melindungi dengan berkesab daripada virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

Dinasihatkan kepada mereka yang mengambil NUTRIFERON agar mengambil air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari akan memberi kesan yang lebih efektif. Air yang mengcukupi akan membantu tubuh bertindak balas dengan baik sepanjang proses penyembuhan (healing crisis).
ISTIMEWA HANYA UNTUK ANDA!!!!!!!!
Berminat dengan produk ini. Inginkan maklumat lanjut. Harga DA BOOOOOMMMMM!!!! Hubungi saya.

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Madu Bahaya untuk Bayi Anda

Dalam entry sebelum ini saya kongsikan dengan anda 5 cara mudah untuk mengurangkan kesakitan demam selsema. Satu di antaranya ialah dengan minum sesudu madu. Namun diingatkan untuk elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko BOTULISM.
madu
MADU mengandungi spora dari sejenis bakteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Ironinya, spora ini sukar dibunuh, ia tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu Botulism Bayi?
Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah2, cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa bayi tidak diboleh diberikan madu?
baby
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’ dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.
Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Apakah simpton-simpton botulism?
1. Simptom perut yg berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
4. Pertukaran nada nangis (altered cry)

Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiranya bayi anda mempunyai simpton-simpton ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan, simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.
p/s: Madu selamat diamalkan oleh orang dewasa kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang mengcukupi untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora tersebut.
Sumber:> Tips Jaga Anak

5 Cara Mudah Mengurangkan Kesakitan Demam Selsema

Anda dan anak-anak sering merasa kurang sihat terutama akibat demam dan selsema. Bagaimana cara terbaik untuk mengembalikan pertahanan tubuh anda yang terletak di tempat tidur atau katil.
Ramai yang terlupa bahawa tempat tidur adalah antara tempat terbaik yang dapat membantu merawat dan mengurangkan kesakitan. Satu kajian Archives of Internal Medicine mendapati peserta yang tidur malam kurang daripada tujuh jam adalah tiga kali ganda lebih terdedah mendapat gejala demam selsema berbanding mereka yang mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam.
:: Minum cecair panas
teh-panas
Sesetengah cecair boleh membantu mencegah dihidrasi dan melegakan sesak hidung, tetapi minuman panas lebih baik berbanding minuman pada suhu bilik dalam melegakan gejala demam selsema begitu juga sakit tekak, demikian menurut Common Cold Centre di Universiti Cardiff United Kingdom.
Jadi selain minum air yang banyak, minum sedikit teh paas atau air panas dicampur sedikit limau dan madu. Dan semestinya tiada yang menandingi keenakkan sup ayam yang disediakan nenek ketika anda sakit. Sup ayam dikatakan mengandungi bahan anti-keradangan dan boleh membantu melegakan dan melancarkan laluan lendir menerusi hidung.
:: Berkumur dengan air
garam
Menurut pakar, berkumur dengan air garam yang suam dapat membantu mengurangkan rasa sakit tekak dan membuat anda rasa lebih selesa. Caranya mudah saja, larutkan sesudu garam dalam segelas air suam. Cuba ulang berkumur setiap tiga hingga empat jam untuk kelegaan, sementara sembuh sepenuhnya.
:: Minum sesudu madu
madu
Sekiranya anak anda sukar tidur sepanjang malam kerana batuk, cuba suap sesudu madu. Kajian yang diterbitkan oleh Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mencadangkan dengan memberikan madu sebelum tidur dapat membantu menenangkan dan mengurangkan batuk anak anda dengan melegakan dan menyaluti tekak. Tapi ingat, elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko botulism.
:: Bebaskan hidung anda
baby-saline
Gunakan ubat titisan saline hidung bagi melawan hidung tersumbat dan bagi mengekalkan tisu rongga hidung sentiasa lembap. Cara ini juga selamat dan tidak menyakitkan untuk kanak-kanak.
Kajian yang dilakukan pengkaji dari Czechoslovakia mendapati kanak-kanak yang menggunakan titisan saline hidung berbanding ubat batuk dan selsema tidak kerap meninggalkan sekolah serta kurang mengalami gejala demam dan selsema berbanding mereka yang hanya menerima ubat. Kajian di Universiti of Winconsin pula mendapati pencuci hidung dengan air garam juga dapat memperbaiki gejala alahan.
:: Lembapkan kediaman anda
kediaman
Demam selsema dan virus influenza lebih bertahan lama dalam keadaan yang kering. Penggunaan alat pelembap 'cool-mist' dapat melawan udara kering dalam kediaman yang boleh membawa kepada hidung tersumbat dan tekak yang gatal. Pastikan alat pelembap itu bebas dari bakteria atau kulat dengan menukar air setiap hari dan membersihkan unit berkenaan setiap tiga hari.

Aneka Petua

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda petua-petua yang boleh diamalkan untuk kecantikkan dan juga kesihatan. Jika diamalkan, in shaa Allah mungkin ia boleh membantu masalah yang sedang anda alami mengikut penggunaannya. Semoga pembaca semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Bukan sahaja sihat malahan cantik dari dalaman maka terserlah luarannya. Bila hati bersih tak perlu solekan tebal. Pasti sejuk mata sesiapa jua yang memandang.
✦ Minyak Zaitun halang pertumbuhan uban
manfaat-minyak-zaitun
Bagi mengatasi agar rambut lambat beruban, lumurkan minyak zaitun asli di seluruh rambut. Biarkan minyak meresap hingga ke kulit kepala selama satu jam. Selepas itu cuci rambut seperti biasa. Amalkan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. Rambut bukan saja lambat beruban tetapi menjadi lebih cantik dan beralun.
✦ Air kanji legakan batuk
cooking_rice_-_cooking_with_water
Batuk yang teruk akan menyebabkan ketidakselesaan terutama sekali jika tekak turut berasa perit. Bagi mengurangkan masalah ini, ambil segelas air didihan nasi. Campurkan bersama secubit garam dan ragi. Kacau dan biarkan sehingga ia suam. Kemudian, minum pada waktu pagi dan malam.
✦ Hilangkan kutil dengan daun kentang
buga kentang
Untuk menghilangkan kutil, gosokkan daun kentang pada kutil. Lakukan selalu dalam satu minggu. Anda akan dapati kutil gugur dengn sendiri.
✦ Pucuk bunga raya kurangkan panas badan
buga raya
Jika anda mengalami demam dan panas badan, petua ini boleh dipraktikkan. Ambil segenggam pucuk bunga raya kemudian ramas bersama setengah cawan air sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada kepala tiga kali sehari. In shaa Allah panas badan akan berkurangan.
✦ Barli putihkan wajah
barli 1
Bagi yang inginkan wajah yang cerah, ikuti petua orang lama ini. Gorengkan segenggam barli tanpa minyak. Biarkan ia sejuk seketika. Tumbuk barli tersebut hingga ia menjadi serbuk halus. Serbuk tersebut dibancuh dengan sedikit perahan limau nipis dan sedikit air suam. Gaulkan hingga sebati dan sapu rata ke seluruh wajah. Bilas dengan air. Cara ini seeloknya diamalkan seminggu untuk melihat keberkesanannya.
✦ Mencantikkan bulu roma
bwg merah
Bagi anda yang inginkan bulu roma yang cantik, cuba petua ini. Tumbuk dua ulas bawang merah hingga lumat. Kemudian, lumurkan pada betis. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan tiga hari sekali.
✦ Kulit licin dengan tembikai
tembikai
Untuk mendapatkan kulit yang licin, potong kulit tembikai dan tinggalkan bahagian putih di dalamnya sahaja. Sapukan ke seluruh muka anda. Biarkan beberapa minit, barulah dibilas. Lakukan sehingga anda mendapat kesan yang baik.
✦ Tubuh langsing menawan
teh-cina
Idamkan tubuh yang langsing? Rendamkan tiga sudu besar teh cina dalam air panas. Selepas ditapis, campurkan dengan sedikit perahan limau nipis. Jadikan air ini sebagai minuman dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Amalkan selalu sehingga mendapat hasil yang diidamkan.
✦ Atasi cekam kuku
jeruk-nipis-limau-nipis
Jika anda megalami cekam kuku, ambil sebiji limau nipis. Potong bahagian atasnya. Kemudian bakar sehigga menjadi kekuningan. Biar limau tadi suam-suam kuku. Letakkan bahagian kuku yang mempunyai cekam di atas limau tersebut. In shaa Allah nanah pada kuku tersebut akan mengecut dan kuku kelihatan lebih bersinar.
✦ Hilangkan gigitan nyamuk
nyamuk
Bekas gigitan nyamuk boleh diatasi dengan mencampurkan satu sudu makan garam dengan dua sudu air. Biarkan campuran garam tadi larut. Kemudian, gosokkan pada tempat yang gatal. In shaa Allah, rasa gatal tadi akan beransur hilang.

31 Hari Nan Indah: Kekal Sihat dan Bahagia

Masa berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. Bermula dari tarikh awal bulan sehinggalah bertukar bulan yang lain, jadual aktiviti tetap berjalan dengan lancar. Masalah di pejabat mahupun di rumah bukanlah bebanan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.
Untuk memantapkan lagi perjalanan aktiviti harian anda, apa kata lengkapkan tip ini untuk digunakan pada bulan-bulan seterusnya.
❦ AWAL LEBIH BAIK ❦
tidur
Kurang tidur boleh membuatkan anda penat, kurang tumpuan dan daya tahan badan menurun. Jadi, jadualkan tidur anda selama lapan jam. Tidur yang cukup adalah langkah awal untuk lebih sihat.
❦ ISI TENAGA ANDA ❦
Gerakkan badan anda. Isilah tenaga harian dengan menggerakkan badan selepas bangun tidur. Pilihlah senaman yang ringkas dan mudah, sekurang-kurangnya untuk anda lebih bersemangat dan bertenaga.
❦ BUKA TINGKAP ❦
Tidak perlu mengunci jam tetapi tidurlah dengan membuka sedikit tingkap. Biarkan alam yang membangunkan anda dengan sinaran matahari di sebalik tirai langsir.
❦ SEGARKAN BADAN ❦
Pakar kulit Liz Earle (ul.lizearle.com) menyarankan supaya anda mandi dengan menggosok seluruh badan. Selain membersihkan kulit, gerakan daripada gosokan ini dapat melancarkan aliran darah pada badan.
❦ NIKMATI SINARAN PAGI ❦
Dapatkan vitamin D setiap hari untuk tulang yang sihat dan imunisasi badan lebih tinggi. Sekali sekala, anda boleh bersarapan di bawah sinaran pagi yang nyaman.
❦ SARAPAN KEGEMARAN ❦
Rancang menu sarapan anda selama seminggu. Pada masa yang sama, masukkan sekali buah dan sayur dalam menu anda.
❦ BEKALAN KE PEJABAT ❦
Jika anda berkerjaya, bawalah bekal untuk makan tenghari atau snek dari rumah. Contohnya, edamame rebus, salad, yogurt atau potongan buah.
❦ UNTUK LEBIH SIHAT ❦
Tulislah 'minum teh tanpa gula' di meja anda. Cara ini dapat memberi motivasi untuk anda.
❦ PILIH FOTO KEGEMARAN ❦
Pilihlah gambar kegemaran anda untuk diletakkan di screen saver komputer atau tempat yang mudah untuk dilihat. Menurut Dr Peter Naish, pakar psikologi di UK, makanan dan minuman boleh meningkatkan mood sebanyak 1% sedangkan foto-foto ini dapat menciptakan rasa bahagia sehingga 11%.
❦ SENYUMAN MANIS ❦
senyum
Wajah memainkan peranan penting dalam mengatur mood seseorang. Pastikan anda memulakan hari dengan senyuman yang manis.
❦ BERGERAK ❦
Pastikan anda bergerak aktif setiap hari. Gantikan program senaman anda secara berkala. Anda juga boleh aktifkan diri dengan mengubah dekorasi rumah anda. Tentu lebih menarik.
❦ JATUH CINTA DENGAN JUS ❦
Biasakan diri dengan minum segelas jus segar setiap hari. Cuba juga dengan bereksperimen dengan pelbagai jenis jus buah.
❦ HALANGAN GULA ❦
Manfaat-Gula
Menurut Dr Phaidon L. Toruan dan G Lukman dalam buku Performance Nutrition, jika anda memaksa badan anda menerima gula dalam jumlah yang banyak, fungsi insulin akan berkurangan. Kesannya, anda berisikoo mengalami kegemukan dan diabetes boleh meningkat.
❦ ELAKKAN RASA LAPAR ❦
Anda betul-betul lapar dan ingin makan? Biasakan dengan menunggu selama 20 minit sebelum anda mengambil hidangan. Jika masa anda makan tidak lebih dari tiga jam itu bermakna anda bukanlah lapar sebenarnya.
❦ KOPI ATAU TEH ❦
Nikmatilah kopi kegemaran sebanyak satu atau dua kali sehari sahaja. Jika anda memilih teh, ambillah tiga kali sehari.
❦ KIRA JUMLAH VITAMIN ANDA ❦
Hitunglah jumlah vitamin C yang anda ambil setiap hari. Nikmatilah dua biji limau, dua biji kiwi atau dua jenis jus buah untuk melengkapkan jumlah vitamin C harian anda.
❦ CINTAI PROTEIN ❦
Perhatikan makanan yang anda ambil. Ikan, ayam, daging, kekacang, tempe atau tauhu. Protein ini membantu anda meningkatkan hormon serotonin dalam badan.
❦ MINUM SEBELUM MAKAN ❦
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, minumlah 500ml air putih, 30 minit sebelum anda makan tengahari atau makan malam. Cara ini membantu anda untuk mengambil hidangan yang sedikit daripada biasa.
❦ GIGI SIHAT ❦
dentist
Jadualkan kehadiran anda untuk berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap empat bulan hingga enam buan sekali.
❦ MESTI ADA LOBAK MERAH ❦
lobak
Minum jus lobak merah setiap hari dapat memenuhi keperluan vitamin A agar pigmen kulit dapat menahan dari sinaran matahari.
❦ TAKE A BREAK ❦
Dalam sehari, jadualkan waktu anda yang tetap dengan merehatkan tangan, mata, hati dan fikiran dengan dunia maya anda.
❦ SAYANGI BADAN ANDA ❦
Pastikan anda menghindari makanan yang menjadi 'musuh badan' anda. Ini untuk membantu mendapatkan berat badan ideal.
❦ CINTAI AIR PUTIH ❦
Inilah yang sering disaran iaitu mengambil lapan gelas air putih setiap hari. Untuk memenuhi manfaatnya, anda boleh tambahkan dengan jus lemon atau limau nipis. Air ini boleh melawan lemak dan meningkatkan imunisasi badan.
❦ BERPUASA ❦
Sesekali anda boleh berpuasa. Bukan sahaja berpuasa sehari penuh tetapi anda boleh mengaturnya dengan 'puasa' gula, karbohidrat, makanan ringan dan sebagainya.
❦ ALUNAN MUZIK 30 MINIT ❦
Dengarlah muzik sekuarng-kurangnya 30 minit sehari. Anda boleh merasa tenang dan dapat menurunkan tekanan yang dihadapi. Pilihlah muzik kegemaran anda untuk menjadi halwa telinga.
❦ GO GREEN! ❦
Tingkatkan kosentrasi dan produktiviti dengan membawa tanaman hijau dalam ruangan anda. Cara ini juga dapat mengelakkan stress dan lebih tenang.
❦ I LOVE LUNCH! ❦
Nikmati hidangan makan tenghari anda. Tutup komputer dan diari anda. Inilah waktu untuk anda menambah tenaga untuk waktu seterusnya.
❦ BERSIHKAN ❦
Pastikan lingkungan anda sentiasa bersih sama ada rumah atau meja kerja. Bukan sahaja membersihkan debu tetapi juga barangan yang tidak sepatutnya.
❦ VARIAN SAYURAN ❦
Jadikan sayuran sebagai sahabat badan anda. Masaklah sayuran dengan cara berbeza setiap hari. Contohnya, membuat salad, makan mentah, tumis dan sebagainya.
❦ HAPUSKAN BAKTERIA ❦
Bakteria boleh membiak, bukan sahaja di rumah malah di pejabat. Mungkin juga anda tidak sedari beg tangan anda yang diperbuat daripada kulit. Jadi, lap dan sapu secara teratur dengan cairan anti bakteria.
❦ PERIKSA BERAT BADAN ❦
Berat badan boleh menunjukkan keadaan kesihatan anda. Sebaiknya, periksalah secara rutin. Mungkin berat badan yang meningkat boleh diatasi dengan mengurangkan karbohidrat untuk beberapa hari agar berat badan kembali normal.

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

zinc
Hari ini saya nak share dengan anda semua tentang kebaikan zinc yang sering dipandang remeh pada sesetengah orang (termasuk saya sebelum mengetahui akan kepentingannya kepada kesihatan badan). Zinc adalah tergolong dalam mineral seperti mana boron, magnesium, kalsium dan zat besi yang berperanan dalam menjamin kesihatan badan.
Zinc diperlukan dalam setiap sel tubuh untuk merangsang tindakan bagi 100 enzim dengan bertindak sebagai penggalak kepada reaksi-reaksi biokimia.
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
♥♥ZINC MEMBERI MANFAAT DALAM:-♥♥
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

 PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

 PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

 KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

 BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

 PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

 EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

 JERAWAT
Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

 FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

 JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

 ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

 ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

 KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

 KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.

 BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

 MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
♥♥ZINC BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA SUMBER-SUMBER BERIKUT:-♥♥
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

 Daging
Tiga oz daging menyediakan sekitar 40% atau lebih zinc dari dos harian yang dicadangkan. Daging yang dimaksud termasuk diantaranya adalah daging panggang, dan daging rebus.

 Makanan Laut (Seafood)
Tiram merupakan sumber makanan yang mengandung zinc paling tinggi. Seafood lain menyediakan setidaknya 10 persen per tiga ons termasuk kerang, lobster, ikan, dan daging kepiting.Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit mungkin dan dalam waktu sesingkat mungkin.

 Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik. Delapan ons yogurt dan 1/2 cangkir keju ricotta mengandung setidaknya 10 persen dari jumlah harian yang disarankan.Keju Swiss, keju Gouda, dan susu juga mengandung zinc.

 Biji-bijian dan Kacang-kacangan 
Tepung gandum utuh merupakan sumber zinc yang baik. Cereal kering yang telah difortifikasi biasanya berisi setidaknya 10 persen zinc dari jumlah yang direkomendasikan. Biji Labu, kacang almond, kacang mete, dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang juga baik.
Meskipun zinc yang ditemukan di kacang-kacangan tidak seperti yang ditemukan dalam daging, kacang-kacangan masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian.

Pilihan sumber zinc yang baik adalah dari kacang-kacangan seperti black eyed peas, kacang lima, kacang pinto, kacang kedelai, tempe, dan tauhu.
Info dari (✿◠‿◠):

ISTIMEWA HANYA UNTUK ANDA!!!!!!!!
Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE, boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga SUPER BEST.

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Zinc Shaklee

zinc
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
Nutrition Fact: 
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Kenapa  ZINC perlu diambil SEBELUM MAKAN?  Ada perbezaankah jika diambil SEBELUM atau SELEPAS makan?
Jawapan:
ADA

Penjelasan:
Pasti kita menyedari bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Hal ini juga (kehilangan nutrient) boleh terjadi  semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi  15mg  Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adakah kesemua zinc ini diserap oleh tubuh kita? Kita disarankan untuk mengambil vitamin zinc complex semasa perut kosong iaitu dalam tempoh setengah jam atau sejam sebelum makan kerana di dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!
NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari-hari pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, in shaa Allah selepas itu anda akan OK.
perut
Anda Perlu Tahu!
Antara sebab lain kenapa perlu mengambil zinc sebelum makan kerana perut manusia ada asid. Perut yang kosong akan mempercepatkan proses melarutkan zinc. Oleh yang demikian ia memudahkan nutrisi dan mineral zinc tersebut menyerap ke dalam badan kita. Secara ringkas, badan kita mendapat manfaat dari pengambilan zinc tadi.

Dek kerana itu, saranan waktu terbaik untuk mengambil zinc adalah di antara setengah jam hingga sejam sebelum makan supaya pengakhirannya kita boleh menikmati kesan optimum dari pengambilan zinc tersebut.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

✔ Anda berminat untuk menjana pendapat secara sambilan atau tetap dengan Shaklee?
✔ Ingin menyertai dan mendapat bimbingan dari keluarga besar saya yang terdiri daripada insan-insan hebat?
✔ Bosan dengan jadual kerja yang memaksa anda untuk berpisah dengan keluarga?
BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?
Pendaftaran boleh dilakukan melalui dua cara iaitu:-
1. Membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM75 (Semenanjung) atau RM85 (Sabah/Sarawak). Yuran keahlian adalah SEKALI SEUMUR HIDUP.
ATAU
2. Membuat pembelian melebihi 200 points UV (Unit Value) dalam 1 RESIT (bersamaan dengan RM670 Semenanjung dan RM850 Sabah/Sarawak) untuk melayakkan anda mendapat keahlian PERCUMA.
Anda boleh menghubungi saya dan saya akan uruskan pendaftaran keahlian anda atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 887916 sebagai SPONSOR.
MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian. Melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu. Tetapi jika makan sendiri, share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je, tak perlu risau nak maintain-maintain atau minimum perchase.
Anda juga TIDAK DIWAJIBKAN untuk membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian!
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)
2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. ===> Gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Even makan sendiri pun dah boleh dapat bonus. Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Jimat kan !!!
3) BERPELUANG membuat biznes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.
4) Dapat menyertai SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk-produk Shaklee.
5) Mereka yang register dengan saya, akan dimasukkan ke dalam group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia-rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Banyak yang boleh diperolehi di sini juga mendapatkan AURA KEJAYAAN melalui testimoni mereka yang telah berjaya dalam perniagaan online ini.
Khidmat nasihat PERCUMA akan diberikan kepada anda. Usah risau. Anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai tanpa hala tujuan sendirian. Kami sedia membantu.
Kejayaan bermula apabila kita dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Mulakan langkah kejayaan anda hari ini. Anda akan merasai aura positif mereka meresapi anda!
SELAMAT DATANG
Saya mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group Priorityisyou. Sekiranya berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di iroslina@gmail.com. Boleh call/SMS/WhatsApp WeChat menerusi nombor 0192632602.
Amalkan kehidupan yang lebih sihat. Pilihlah yang selamat dan semulajadi. Jom ber'Shaklee'!!
Nutrisi-Kesehatan-Shaklee

Ketahui 9 TIP Sihat Langsing Ala Wanita Jepun

Apabila anda membuat kajian atau melayari internet dengan melihat wanita-wanita Jepun, boleh dikatakan sukar mencari wanita yag berisi. Hampir semua warga Jepun mempunyai berat badan ideal. Mereka dijadikan contoh kerana memiliki badan yang langsing secara semulajadi walaupun sudah mempunyai beberapa orang anak.
kimono21
Ingin tahu rahsia langsing mereka? Cuba ikuti tip ini.
ツ SARAPAN YANG SIHAT
Sejak kecil warga Jepun dibiasakan dengan sarapan. Mereka memasak dengan pelbagai menu sebelum memulakan aktiviti harian. Banyak penelitian mengatakan seseorang yang rajin bersarapan dapat mengawal keinginan makan lebih banyak pada waktu makan tengahari atau malam.
ツ TIDAK MENGAMBIL MAKANAN BERGORENG
sushi
Biasanya, kita lebih gemar masakan bergoreng seperti ikan goreng, murtabak, ayam goreng dan sebagainya. Tetapi wanita Jepun lebih suka mengambil makanan berebus, berkuah atau tumis dengan sedikit minyak.
Makanan yang bergoreng sangat tinggi kalori. Semakin tinggi kalori semakin cepat pertambahan berat badan. Sebaliknya makanan yang direbus lebih sihat dan mempunyai sedikit kalori.
ツ  TIDAK MALU MEMBAWA BEKAL MAKANAN
Mereka juga sudah terbiasa dengan membawa bekal makanan dari rumah. Contohnya, membekalkan makanan anak-anak ke sekolah atau ke pejabat. Malah, mereka tidak malu membawa bekal yang dimasak sendiri dari rumah.
Selain membuatkan badan lebih sihat, ia juga dapat mengelakkan daripada mengunyah makanan yang boleh menambahkan berat badan.
ツ SNEK RENDAH KALORI
Wanita Jepun lebih suka mengambil makanan berat tetapi rendah kalori. Contohnya, daikon atau lobak putih yang dimasak sup, shirataki, cendawan shintake dan sebagainya.
Makanan ini sangat rendah kalori kerana direbus, kukus dan lain-lain yang tidak menggunakan proses menggoreng.
ツ NASI YANG SEDIKIT
images
Wanita Jepun juga mengambil nasi sebagai makanan ruji mereka. Tetapi mereka memasukkan nasi ke dalam mangkuk yang kecil dan meletakkan lauk ke dalam mangkuk. Hidangan nasi lebih sedikit berbanding lauk dan sayuran. Jumah sayuran dan lauk ini sudah cukup untuk membuatkan mereka kenyang.
ツ PENGAMBILAN SOYA DAN TAUHU
Selain daripada mengambil makanan laut, wanita Jepun juga sangan suka mengambil makanan daripada kacang soya. Tauhu adalah makanan kegemaran mereka.
ツ MAKAN IKAN DAN PRODUK LAUT
salmon
Selain itu, mereka juga lebih suka memilih ikan dan hasil laut berbanding ayam, daging, kambing dan sebagainya. Ikan dan makanan laut mempunyai kalori dan lemak yang sedikit. Biasanya, mereka akan merebus, kukus dan menggoreng dengan sedikit minyak sahaja demi menjaga kandungan protein.
ツ TIDAK GEMAR MAKANAN SEGERA
Wanita Jepun suka kepada sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan menu mereka penuh dengan warna. Mereka tidak terlalu menggemari makanan segera ala Barat. Warga Jepun suka kepada makanan semulajadi yang berwarna warni. Pilihan mereka tetap beragam dan penuh warna.
ツ SUKA MAKAN BUAH DAN SAYUR
Sayuran adalah menu makanan yang wajib setiap hari. Bahkan sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi penghias untuk bekalan makanan mereka tengahari mereka. Selain itu, mereka suka mengambil buah-buahan terutamanya pada musim sejuk. Mereka lebih suka mengambil oren segar berbanding snek yang berkalori tinggi.