Thursday, October 23, 2014

Sindrom Kejutan Toksik Membahayakan Nyawa

Sindrom kejutan toksik adalah masalah kesihatan yang jarang berlaku, namun ia membahayakan nyawa. Ia disebabkan oleh toksin (racun) yang beredar dalam aliran darah. Bakteria yang menjangkiti beberapa bahagian tubuh melepaskan toksin ini. Penghidap sindrom kejutan toksik akan mengalami demam tinggi, ruam, tekanan darah rendah dan kegagalan sistem organ berganda (sekurang-kurangnya tiga sistem) dalam tubuh.


Sindrom kejutan toksik pertama kali ditemui pada kanak-kanak sekitar tahun 1978. Namun begitu sindrom ini tidak begitu dikenali sehinggalah epidemik pada tahun 1981 yang dikaitkan dengan penggunaan tampon di kalangan wanita.

KETAHUI PENYEBAB SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Sindrom kejutan toksik disebabkan oleh toksik yang dihasilkan oleh bakteria. Hanya bakteria tertentu menghasilkan racun ini. Apabila toksin yang mengandungi bakteria dilepaskan ke dalam aliran darah, ia mula terlebih merangsang sistem imun dalam tubuh. Ia kemudiannya menyebabkan gejala-gejala teruk sindrom kejutan toksik.

Dalam kebanyakkan bentuk biasa sindrom kejutan toksik, bakteria itu hidup di dalam vagina wanita yang telah dijangkiti, dan pertumbuhan bakteria itu digalakkan melalui kehadiran tampon. Namun begitu toksin ini boleh dihasilkan daripada bakteria dari beberapa kawasan tubuh. Kadangkala kawasan jangkitan tidak berapa jelas.

Kebanyakkan kes sindrom kejutan toksik adalah disebabkan oleh bakteria Staphylococcus Aureus. Bentuk sindrom kejutan toksik Staphylococcal dikaitkan dengan wanita haid menggunakan tampon. Namun begitu, lelaki, kanak-kanak dan wanita yang tidak haid boleh mendapat sindrom kejutan toksik juga.

Sesetengah kes sindrom kejutan toksik adalah disebabkan Streptococcus Pyogenes, bakteria sama yang menyebabkan sakit tekak strep. Streptococcus Pyogenes kerap muncul daripada jangkitan kulit dan menyebabkan bentuk sindrom kejutan toksik yang lebih serius daripada Staphylococcus Aureus.

Sumber jangkitan adalah daripada vagina (penggunaan tampon memiliki kesan penyerapan lebih), hidung (penyumbatan hidung), luka pembedahan, kelahiran bayi, dan sebarang luka pada kulit.

GEJALA SINDROM KEJUTAN TOKSIK

Kebanyakkan mereka yang dijangkiti sindrom kejutan toksik mengalami gejala-gejala ringan selama dua hingga tiga hari sebelum mereka mendapat penyakit ini. Gejala-gejala ringan ini termasuklah demam rendah, sakit otot, sejuk menggigil dan rasa tidak sedap badan atau dedar.

Sindrom kejutan toksik boleh memberi kesan terhadap sistem organ dalam tubuh termasuklah kulit, paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan pankreas. Kesemua penghidap sindrom kejutan toksik mengalami demam, ruam dan juga gejala-gejala dalam sekurang-kurangnya tiga sistem organ tubuh. Gejala-gejala ini termasuklah:

  • Demam tinggi lebih daripada 38.9 C.
  • Ruam: Ruam sindrom kejutan toksik adalah berupa ruam selaran matahari yang meliputi kebanyakkan tubuh. Ia nipis, tidak timbul dan bertukar menjadi warna putih jika ditekan. Ruam ini sukar dilihat pada mereka berkulit gelap. Kemerahan pada mata, bibir dan lidah juga boleh muncul. Ruam boleh muncul pada telapak tangan dan tumit kaki.
  • Sakit kepala.
  • Sakit otot.
  • Sakit tekak.
  • Batuk.
  • Loya dan muntah.
  • Diarea: Banyak dan berair.
  • Sakit pada bahagian perut.
  • Rasa hendak pitam terutamanya jika bangun.
  • Keliru atau hilang sedar.
  • Tekanan darah rendah sistolik kurang dari 90 mm Hg.


BILA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN

#1 -  KANAK-KANAK
Jika kanak-kanak mengalami demam dan ruam merah dengan gejala-gejala sindrom kejutan toksik, segeralah berjumpa dengan doktor bagi memastikan kemungkinan sindrom kejutan toksik.

Penyebab biasa demam dan ruam terhadap kanak-kanak adalah virus dan demam scarlet (demam marak), boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak lebih muda daripada 10 tahun. Demam scarlet adalah bentuk sakit tekak strep yang menyebabkan sakit tekak dan ruam timbul, bukan ruam nipis sindrom kejutan toksik. Demam scarlet biasanya penyakit serius.

#2 - DEWASA
Jika demam tinggi hadir tanpa ruam dan juga sesetengah gejala-gejala sindrom kejutan toksik segeralah berjumpa doktor. Banyak penyakit virus boleh menyebabkan demam dan sakit tekak, batuk, rasa tidak sedap badan, loya dan muntah-muntah, diarea dan sakit otot.

RAWATAN
Sindrom kejutan toksik memerlukan penjagaan kecemasan segera di hospital. Jika anda merasa diri mengalaminya, segeralah mendapatkan rawatan perubatan. Rawatan keadaan yang boleh membahayakan nyawa ini perlulah agresif.

Anda akan diberi antibiotik untuk membunuh bakteria dan menghentikan lebih banyak racun daripada dihasilkan. Anda juga akan menerima cecair intravena. Langkah-langkah penting termasuklah tranfusi (pindahan) darah dan ubatan lain untuk menstabilkan tekanan darah. Beberapa kes memerlukan ventilator atau alat pernafasan untuk membantu anda bernafas.

PENCEGAHAN
Menggunakan tampon meningkatkan risiko untuk mendapatkan sindrom kejutan toksik. Tetapi risiko lebih rendah jika menggunakan tampon biasa daripada menggunakan jenis yang kuat menyerap. Anda boleh merendahkan risiko dengan mengambil langkah-langkah berikut:

  • Minimumkan penggunaan tampon. Anda boleh bergilir-gilir menggunakan tampon dan tuala wanita semasa siang dan menggunakan lampin kain pada waktu malam.
  • Gunakan sekurang-kurangnya tampon kurang menyerap yang akan mengawal aliran haid. Penggantian tampon sekurang-kurangnya setiap lapan jam. Pastikan anda membuang tampon apabila haid sudah habis.
  • Jika anda menggunakan span haid, diafragma, atau cap serviks (cawan serviks), keluarkan ia apabila tidak diperlukan. Anda seharusnya tidak memakai sebarang alat lebih daripada 24 jam. Basuhlah diafragma atau cap serviks dalam air suam, bersabun setiap hari selepas digunakan.
KAMUS ANDA
Epidemik: tercetusnya sesuatu penyakit yang menghinggapi banyak orang dalam sesuatu daerah pada sesuatu masa, wabak.
Sindrom: kumpulan tanda atau gejala yang menunjukkan trdapatnya sesuatu keadaan atau penyakit.
Tampon: penyumat daripada kain tiras, kapas, dan lain-lain yang dibubuh pada luka atau ke dalam rongga badan untuk menahan darah, menyerap kumuhan, dan lain-lain.
Diarea: penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit.


No comments:

Post a Comment