Friday, October 24, 2014

Kurangkan Demam Tinggi Dengan Serai

Serai adalah tanaman yang biasanya digunakan dalam masakan Asia. Dikenali dengan nama lemongrass, herba ini dikatakan mampu menyediakan kebaikan terapeutik dan perubatan. Serai yang digunakan dalam masakan tergolong dari keluarga Graminanea. Terdapat dua spesies serai yang digunakan dalam masakan iaitu Cymbopogon Citrates dan Cymbopogon Flexus.


Pokok serai banyak ditanam di kawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia. Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangka hayat panjang dan mengeluarkan bau. Pokok serai tumbuh rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai boleh tumbuh mencapai sehingga satu meter tinggi.

Daun serai berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna hijau, lurus dan bersusun secara teratur. Daunnya licin, urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungi sebagai batang pokok. Pokok serai juga mengeluarkan bunga pada peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

Bahan kimia utama yang ditemui dalam serai adalah sitral, iaitu sejenis sebatian beraroma yang turut dikenali sebagai lemonal. Sitral banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi kerana bau seperti lemon. Sitral adalah sejenis antimikrob dan ia dikatakan berkesan dalam memusnahkan atau menyekat mikroorganisma.

Sitral turut mengandungi sifat-sifat antikulat. Kimia ini juga memiliki sifat-sifat feromon. Ini menerangkan sebab ia digunakan dalam industri sebagai penjauh serangga. Ia dikatakan memiliki kesan posotif terhadap kebolehan menggunakan vitamin A.

Dikatakan sebatian myrcene, citronellal, geranyl acetate, nerol dan geraniol turut ditemui dalam kuantiti berbeza dalam sitral. Myrcene, geraniol dan nerol menyumbang terhadap bau kuat serai. Dikatakan juga serai memiliki sifat-sifat rubefasien (ubat gosok). Ini bermakna ia dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah.

Serai dikatakan digunakan meluas untuk melegakan masalah pernafasan termasuklah laryngitis dan sakit tekak. Serai juga dikatakan memiliki reputasi bersifat antipiretik atau menambah pengeluaran haba yang dikatakan mampu mengurangkan demam denggi. Dikatakan jika menghidu wap cecair serai mampu meningkatkan perpeluhan dan akhirnya menghilangkan demam dengan sepenuhnya.

Bantu Masalah Kulit
Sifat-sifat melegakan sakit yang diperoleh daripada serai dikatakan mampu melegakan kekejangan otot dengan melegakan otot-otot sekali gus membawa kepada pengurangan gejala-gejala berkaitan sakit. Sifat-sifat ini juga berguna untuk semua jenis penyakit termasuklah sakit perut, sakit kepala, sakit sendi, sakit otot, kekejangan saluran pencernaan, kejang otot dan lain-lain.

Dikatakan serai turut memiliki sifat-sifat anti kemurungan. Ia dikatakan berguna untuk masalah berkaitan dengan tekanan dan saraf. Ia dikatakan mampu membantu dalam melegakan gejala-gejala kegelisahan dan kemurungan. Ia dikatakan mampu menguatkan sistem saraf dan dikatakan berguna untuk masalah seperti Parkinson.

Kehadiran vitamin A dalam serai dikatakan ia berguna utnuk membantu masalah kulit seperti jerawat. Ia dikatakan mampu mencerahkan kulit dan mata serta menghilangkan kulit berminyak. Sifat-sifat antibakteria dalam serai dikatakan berguna untuk masalah jangkitan kulit. Dikatakan juga serai mampu memperbaiki masalah bau badan dengan mengawal perpeluhan berlebihan.

Di Malaysia, dikatakan serai digunakan untuk merawat diuretik atau melawas kencing, tonik, merangsang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan sebagai teh. Batang serai dikatakan digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan.


Tampalan daun serai dikatakan boleh dilumatkan dan boleh digunakan untuk menghilangkan sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Air rebusan daun dan akar serai dikatakan boleh digunakan untuk mencuci buah pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya dikatakan boleh digunakan sebagai pewangi syampu dan minyak wangi.

Walaupun terdapat pebagai khasiat dan kegunaan serai, namun begitu untuk tujuan perubatan perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

No comments:

Post a Comment