Tuesday, October 28, 2014

Rahsia Mandi Air Sejuk

Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang lebih selesa mandi air panas terutamanya pada waktu pagi. Namun percayalah, air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan. Tak percaya? Berikut dinyatakan beberapa faedah apabila mandi dengan air sejuk.



Tingkatkan Sistem Imuniti
Mandi air sejuk boleh meingkatkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya.

Melegakan Selsema
Sekiranya anda terkena selsema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selsema haya akan meningkatkan lagi suhu panas di tubuh sekali gus menyebabkan hidung tersumbat.

Menurunkan Berat Badan




Berita baik kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini anda telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbanding air hangat kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekali gus mengurangkan berat badan.

Atasi Masalah Darah Beku
Bagi anda yang mengalami masalah darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga.

Hilangkan Tekanan




Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisme.

Sihatkan Paru-Paru
Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekali gus membuatkan anda mampu bernafas dengan baik dan selesa.

ツ Info :
Bagi meningkatkan tenaga waktu pagi, mandi menggunakan air sejuk. Ia juga membuatkan badan berasa lebih cergas dan bertenaga.

No comments:

Post a Comment