Monday, October 27, 2014

Miliki Rambut Sihat Dengan Petua Mudah

Tidak kira rambut anda jenis yang lurus, ikal atau kerinting, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus mudah dirapi, jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala si rambut kerinting sering dikatakan unik dan penampilan mereka mencuri tumpuan ramai. Namun mahkota wanita ini perlukan penjagaan rapi agar ia kekal sihat dan bersinar.


Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda juga perlu mengamalkan diet seimbang selain melakukan perawatan rambut. Tidak perlu ke salon, perawatan rambut ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Jom cuba petua tradisi untuk miliki rambut sihat dan bersinar.

#1 - Santan Hitamkan Rambut


Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, gosok kulit kepala secara perlahan-lahan dengan limau purut yang dibelah dua. Gosok secara rata dan bilas bersih. Lakukan selang sehari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selepas dua minggu, perap rambut dengan menggunakan santan kelapa. Sapu rata pada selruh rambut, kemudian balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 15-20 minit, cuci sehingga bersih. Santan bukan sahaja dapat menghitamkan rambut, malah ia menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

#2 - Daun Bunga Raya Melebatkan


Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu, balut kepala dengan tuala selama 30 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Daun bunga raya membantu melebatkan rambut dan membuatkan mahkota wanita berkilat.

#3 - Khasiat Lendir Lidah Buaya


Sesetegah wanita mengalami keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah ini, sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut. Perap selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering dan gugur.

#4 - Sapu Air Rendaman Kacang Hijau


Rendam secawan kacang hijau semalaman di dalam mangkuk. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala. Urut kepala perlahan-lahan. Biarkan sehingga rambut kering, bilas bersih. Amalkan selalu. Selain rambut menjadi semakin lebat dan halus, petua ini juga dapat membantu mengatasi migrain dan sakit kepala.

#5 - Manfaat Daun Rambutan


Daun rambutan muda sangat baik untuk merawat rambut kering dan bercabang. Penyediaan petua tradisi ini mudah saja. Ambil segengam daun rambutan muda, basuh bersih dan rendamkan dalam mangkuk air. Ramas sehingga keluar lendir, sapukan pada rambut. Lakukan petua ini tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

#6 - Kulit Tembikai Bersihkan Kotoran


Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kekotoran.

#7 - Yogurt Perapi Semula Jadi


Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga dapat melembapkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini membantu merawat rambut rosak.

No comments:

Post a Comment