Thursday, January 30, 2014

Rambut Lurus Idaman Kalbu

Ingin memiliki rambut lurus tanpa perlu melakukan teknik rebonding di salon? Bolehkah? Sebenarnya BOLEH. Ada petuanya untuk meluruskan rambut yang berkesan. Bahan-bahan yang diperlukan hanya susu, minyak rawatan panas, santan dan madu.
✤ Menggunakan Susu
susu
Anda perlukan 1/3 cawan susu. Sebelum itu anda perlu mencuci rambut dan biarkan ia betul-betul kering.  Kemudian ratakan susu tadi pada rambut anda. Biarkan ia meresap pada rambut kira-kira 20 minit. Selepas itu anda boleh mencucinya. Ambil sikat dan sikat rambut anda dengan perlahan-lahan sementara ia masih basah. Amalkan selalu sehingga anda perolehi hasilnya.
✤ Menggunakan Rawatan Minyak Panas
minyak1
Kebiasaannya kita ketahui ia digunakan untuk membaiki rambut yang rosak. Namun ia juga sebenarnya boleh digunakan untuk meluruskan rambut anda kerana bertindak melembabkan folikel rambut. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan minyak rawatan panas (yang boleh di beli di pasaraya mahupun farmasi) ke dalam mangkuk dan panaskan. Untuk memanaskannya anda perlu mengikut arahan pada label minyak rawatan panas yang anda beli. Kemudian, ratakan ia pada keseluruhan kepala. Bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 15 hingga 30 minit. Di samping dapat meluruskan rambut, ia juga dapat membuatkan rambut anda menjadi sihat dan bersinar. Lakukan seminggu sekali untuk terus memiliki rambut yang lembut, berkilat dan lurus.
✤ Menggunakan Santan
santan
Santan memang diketahui banyak memberi manfaat pada rambut. Ia lebih berkesan apabila digabungkan dengan ramuan lain. Contohnya, anda boleh menambahkan jus lemon ke dalam segelas santan kelapa dan kemudian biarkan ia sejuk. Anda akan dapati setelah beberapa minit ia akan bertukar menjadi pes yang berkrim seperti yogurt. Inilah masanya untuk anda menggunakannya. Sapu pada keseluruhan kepala kemudian balut dengan tuala panas. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan bersyampu seperti biasa dan bilas bersih. Sikat rambut anda secara lembut ketika ia masih basah. Ulanginya selama 3 minggu dan anda akan lihat rambut anda beransur-ansur menjadi lurus. Malah bukan itu sahaja ia berkilat dan lebih sihat.
✤ Menggunakan Campuran Susu dan Madu
madu
Susu dan madu apabila digabungkan boleh digunakan untuk meluruskan rambut. Bukan itu saja ia juga dapat melindungi rambut anda dari mengalami masalah kerosakkan yang teruk dan memastikan ia terus sihat. Tuang susu ke dalam cawan. Kemudian tambahkan satu sudu teh madu ke dalamnya. Kacau, kemudian lumurkan campuran ini pada rambut anda. Biarkan selama dua jam. Kemudian cuci dan bersyampu seperti biasa. Bilas bersih dan sikat rambut anda sementara ia masih basah. Sikat secara perlahan dan anda akan kagum dengan hasilnya.
Ohhhh tidak susah kan. Cuma anda perlu rajin untuk mengamalkannya. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment