Monday, January 13, 2014

LEMAK dan GULA perlu dielak ketika berdiet

Adakah anda tahu bahawa lemak dan gula adalah musuh paling utama bagi individu yang ingin berdiet. Malah keduanya berupaya membuatkan berat badan naik mendadak sekaligus menjadikan tubuh kelihatan 'membengkak'. Sungguhpun begitu, manakah di antaranya lebih meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan?
berat
Secara umumnya, lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun, olahan makanan yang telah dipelbagaikan menjadikan keduanya bahan yang membahayakan.
LEMAK
burger
Sebenarnya, pakar pemakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaannya, tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 30 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:-
1. Lemak baik - Ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang memberi banyak manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf.
2. Lemak tepu - Lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu serta daging yang mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan dan kalsium.
Bagaimanapun, jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20 gram sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.
3. Lemak trans - Lazimnya, lemak jenis ini boleh diperoleh pada makanan proses yang tidak mampu dicerna oleh tubuh secara efektif. Kandungan lemak trans itu akhirnya meningkatkan kemasukan kolestrol jahat, menyumbat saluran arteri dan mencetuskan masalah pada jantung.
GULA
gula
Sementara itu, gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang kompleks dan sederhana.
1. Karbohidrat kompleks - Ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya, tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara terus. Oleh kerana itulah, gula yang dihasilkan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utama yang diterima oleh badan manusia.
2. Karbohidrat sederhana - Boleh ditemui dalam roti, biskut serta kuih-muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada tempoh waktu yang singkat. Gula yang terhasil daripada proses ini boleh dianggap sebagai penyebab diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti.
Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan agak-agaknya yang mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan memberi cadangan agar keduanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya terhadap kesihatan.

No comments:

Post a Comment