Thursday, January 9, 2014

Bahaya menanti pada garam tersembunyi

Menikmati makanan yang digemari memang menyeronokkan apatah lagi apabila cara penyediaan dan rempah ratusnya kena dengan selera kita. Namun, harus disedari di sebalik kesedapan itu tersembunyi penyakit yang menanti.
Penggunaan garam berlebihan nyata mengundang masalah kesihatan kepada golongan muda mahupun yang telah berusia. Meskipun tidak digunakan secara nyata, namun kandungan garam yang tersembunyi lebih mudah didapati dalam makanan sehari-hari iaitu jenis 'segera'.
salt(1)
Antara sedar dengan tidak, rata-rata masyarakat sekarang mengambil 16 hingga 30 kali lebih banyak garam daripada jumlah yang diperlukan.
Di Britain, saintisnya menganggarkan bahawa pengambilan garam yang tinggi boleh mengakibatkan kematian pra-matang kira-kira 40,000 nyawa dalam tempoh setahun.
Berbanding Amerika Syarikat kebanyakkan rakyatnya mengambil kira-kira 3 1/2 paun natrium dalam tempoh setahun sekaligus membuktikan bahawa mereka telah menggunakan sekurang-kurangnya tiga ke lima kali ganda natrium yang dibenarkan bagi mencukupkan keperluan.
Persoalannya, berapa jumlah yang dibenarkan200 mg natrium atau kurang adalah purata yang paling ideal bagi pengambilan garam untuk sehari. Secara tidak langsung, ia mempunyai 1/10 sudu kecil garam yang diperlukan. Bagi individu dewasa yang sihat tubuh badan, mereka mengekalkan imbangan natrium harian serendah 0.07 hingga 0.5 gram (70 - 500 mg).
Berdasarkan statistik yang diambil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan natrium (garam) untuk sehari seharusnya tidak lebih dari 2400 mg bersamaan dengan satu sudu kecil.
Bagaimanapun, kerana sikap lepas pandan dan ambil mudah dalam banyak perkara maka kita sebenarnya telah mengambil garam lebih dari jumlah yang dibenarkan lantaran terpengaruh dengan pujukan makanan segera atau yang telah diproses. Sudahnya penggunalah yang akan terhimpit dan terbeban dengan masalah kesihatan.
Jadi, segeralah bangkit dan betulkan kesilapan untuk menjadi pengguna bijak. Pilih makanan yang berkhasiat untuk tubuh  dengan memastikan sukatan garam dikurangkann. Kata orang, kesedapan makanan hanya sekejap tetapi kesan penyakitnya mengambil tempoh masa yang lama untuk dipulihkan.
Ambil perhatian
Berikut adalahbeberapa jenis makanan yang selalu kita ambil seharian namun sebenarnya perlu diberi perhatian kerana kandungan garamnya.

:: ROTI
roti
Mungkin ramai yang tidak menyedari akan rasa masin yang terdapat pada roti. Dikatakan, sepotong roti mengandungi 230 mg sodium. Ini bermakna, jika kita mengambil tiga keping roti maka jumlah garam yang diperlukan oleh tubuh telah mencapai tahap maksima (1000 - 1250 mg sehari).
Itu belum lagi dengan campuran makanan lain. Oleh itu berhati-hatilah sewaktu memilih roti kerana terdapat banyak pilihan di pasaran. Sebaiknya, belilah roti yang kurang kandunga garam (boleh dilihat di bahagian fakta nutrisi) demi kesihatan yang berpanjangan.
:: DAGING PROSES
sosej
Pada dasarnya, sosej adalah sejenis makanan yang diproses dari daging beku atau daging yang telah diawet. Bagi mengekalkan tahap ketahanan daging berkenaan, ia diawet bersama garam. Di sini, jelas menunjukkan berapa daging berkenaan mempunyai kandungan garam yag tersembunyi.
Dikatakan, kandungan garam di dalam daging beku berkenaan boleh sampai hingga 1050 mg sekaligus membahayakan kesihatan. Begitu jugalah kandungan ikan masin. Semuanya tinggi garam dan perlu dielakkan segera.
:: PIZA
grilled-pizza
Tahukah anda bahawa garam banyak tersembunyi di dalam hidangan sebiji piza. Bermula dari adunan, sos tomato, keju, daging dan beberapa lagi bahan yang disediakan untuk 'topping'. Semuanya 'kaya' dengan garam.
Jadi, sebelum membeli anda dinasihatkan supaya membuat pesanan dan pilihan untuk piza yang lebih sihat. Mungkin tukarkan roti bersama toping sayuran.
Alternatif
Buntu dengan penggunaan garam yang terhad membuatkan anda malas memasak. Usah begitu kerana setiap masalah pasti ada sumber alternatifnya. Mungkin, beberapa lagi bahan di bawah boleh menggantikan 'garam' yang hilang. Antaranya ialah:

:: LEMON
lemon
Perahan lemon memberi sedikit rasa masin pada makanan. Walaupun tidak secara nyata namun, rasa masinnya tetap ada selain rasa masam. Ternyata, ia adalah pengganti garam yang boleh digunakan sama ada untuk hidangan salad atau makanan panggang.
:: KICAP RENDAH GARAM
kicap
Kicap mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. Jadi, cuba dapatkan kicap yang rendah tahap garamnya. Dikatakan juga, kicap berkenaan dihasilkan khusus untuk pesakit yang menderita darah tinggi.
:: SERBUK BAWANG PUTIH
serbuk
Bagi mendapatkan serbuk bawang putih memang mudah, sama ada membuat sendiri atau membeli sahaja di kedai. Apa yang membezakan adalah cara memprosesnya kerana jika dibeli sudah pasti kandungan garamnya tinggi. Lebih baik buat sendiri. Caranya ialah dengan menggoreng bawang putih dan giling sampai halus. Selepas itu taburkan ia dalam masakan yang anda gemari.
:: CUKA
cuka
Gunakan cuka sebagai pengganti garam untuk menyediakan salad atau sup. Mungkin ada rasa sedikit masam tetapi tidaklah sampai mencacatkan hidangan. Ingat, jangan gunakan cuka masin.

No comments:

Post a Comment