Tuesday, January 7, 2014

Singkap rahsia BERDIET dengan ikan

Umum mengetahui bahawa ikan merupakan sejenis makanan yang sihat, rendah lemak serta kaya dengan protein yang tinggi sekaligus menjadi sumber penting untuk asid lemak omega tiga.
ikan
Bagi mereka yang ingin berdiet, ikan adalah pilihan yang tepat kerana mineral, vitamin serta nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terkandung di dalamnya. Jadi, bagi pengemar daging dan keju, mereka hanya perlu mengambil sedikit sahaja makanan tersebut kerana bahan protein telah pun diperoleh daripada ikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh dipratikkan bagi memasukkan ikan ke dalam program diet anda. Ini termasuklah dengan merebus, memanggang dan mengukus. Berikut adalah antara faedah yang boleh diperoleh apabila diet ikan diamalkan.
:: Rendahkan tekanan darah
Dikatakan, minyak ikan mampu menurunkan kadar tekanan darah tetapi anda tidak digalakkan mengambilnya secara berlebihan. Memadailah dengan satu hingga dua sudu sehari bagi mengoptimumkan tahap kesihatan.
:: Turunkan berat badan
Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan di Universiti of Georgia, minyak ikan memang kaya dengan DHA. Ia dipercayai berupaya menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak hingga mengurangkan fokus lemak secara keseluruhannya.
Sebelum itu, kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan kapsul minyak ikan yang diikuti dengan latihan olahraga yang teratur boleh menurunkan lebih banyak lemak berbanding senaman tanpa bantuan dari minyak ikan.
:: Kurangkan risiko penyakit kanser
ikan 2
Omega tiga yang terdapat di dalam ikan dikatakan mampu mencegah penyakit kanser yang berbahaya iaitu payudara dan prostat. Kandungan minyak ikan tersebut juga secara tidak langsung membantu pesakit untuk meringankan derita penyakit hiperlipidermia.
:: Cergaskan otak
Asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak. Ia secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan fokus mental anak-anak serta orang dewasa mengenai sesuatu perkara. Berdasarkan sebuah kajian yang telah dijalankan, pengambilan minyak ikan berupaya mengukuhkan tahap memori seseorang tidak kiralah sama ada bayi atau kanak-kanak.
:: Melega masalah keradangan
Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflamasi. Kerana itulah ia cukup efektif bagi mengurangkan masalah radang dalam darah. Asid lemak omega tiga khususnya EPA banyak ditemui dalam minyak ikan sekaligus memberi kesan yang positif untuk meredakan radang sendi, radang prostat dan radang pundi kencing.
:: Menyihatkan mata
Dipercayai, pengambilan ikan dalam diet harian mampu memperbaiki masalah penglihatan. Ia mampu mencegah penyakit glaukoma dan sindrom mata cepat kering. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa individu yang mengambil setidak-tidaknya dua jenis ikan seminggu berisiko rendah diserang masalah kebutaan di usia muda berbanding individu yang tidak pernah makan ikan.
:: Resepi awet muda
Ikan yang diambil dalam kuantiti betul mampu memperbaiki sekaligus memelihara kulit agar sihat dan berkeadaan baik. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega tiga EPA yang ditemui dalam minyak ikan berupaya mencegah masalah kulit kerepot seterusnya melambatkan proses penuaan. Pada masa sama, ia turut menjaga kulit dari rosak akibat pancaran sinar matahari.

No comments:

Post a Comment