Friday, January 10, 2014

10 TIP miliki tubuh pejal dan seksi

Ramai wanita berjaya menurunkan berat badan menerusi diet namun tubuh mereka tidak menawan kerana mengalami masalah menggeleber dan wajah nampak pucat. Sebenarnya, tubuh cantik, bukan bererti kurus semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi struktur tubuh, berbentuk, pejal dan kulit yang sihat. Apa cara untuk mendapatkan tubuh sebegini? Ini tipnya.
1. Minum air putih 8 gelas sehari
Cold-Water
Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air putih. Ia membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga ginjal dan membuatkan kulit lembap. Selain itu, air putih membantu meningkatkan metabolisme dan membuang toksin dalam tubuh.
2. Senaman membentuk tubuh
senaman-belakang9
Pilih senaman yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Aerobik antara senaman yang dikatakan paling efektif untuk langsing kerana ia melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Senaman ini membuatkan tubuh menjadi pejal. Agar tubuh lebih menarik, lakukan senaman khusus seperti latihan angkat beban dan aktiviti renang, ia membantu membentuk dada dan lengan yang cantik.
3, Memanjakan diri di spa
spa
Beri ganjaran kepada diri sendiri selepas bertungkus lumus bekerja. Belai tubuh dan wajah di spa, rawatan ini membantu anda tampil anggun dan bertenaga. Rawatan sauna dan mandi herba misalnya dikatakan dapat membantu membuang toksin dan membakar lemak. Begitu juga dengan rawatan lulur yang menyingkirkn sel mati dan membuatkan kulit anda mulus.
4. Elak makanan segera
segera
Makanan segera adalah musuh utama untuk kesihatan anda. Ia bukan sahaja mahal malah mempunyai kalori yang tinggi dan serbuk perasa. Makanan ini juga menyebabkan berat badan meningkat dan menyumbang kepada masalah kesihatan lain. Lantaran, gantikan makanan segera dengan menu sihat seperti aneka salad, kerabu, buah-buahan dan lauk pauk yang dikukus.
5. Suplemen yang sesuai
suplemen
Hari ini suplemen menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat moden. Tidak salah mengambil suplemen untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi namun anda perlu mendapatkan nasihat doktor.  Pilih suplemen yang sesuai dengan diri anda, misalnya vitamin C untuk kesihatan dan kecantikkan atau suplemen serat yang dikatakan dapat membantu melancarkan penghadaman.
6. Lebihkan pengambilan buah dan sayur
buah
Biasanya masyarakat Malaysia gemar mencuci mulut dengan hidangan manis seperti aneka kek, puding dan ais krim. Pencuci mulut seperti ini akan menyebabkan berat bertambah dan lambat laun menyumbang kepada penyakit kencing manis. Anda masih boleh menikmati hidangan enak dengan memilih hirisan buah-buahan segar seperti limau, tembikai atau betik. Selain buah, banyakkan makan sayur-sayuran yang sangat tinggi khasiat untuk kesihatan dan kecantikkan.
7. Krim pelangsingan
Bagi yang berdepan dengan masalah selulit, anda boleh menggunakan krim pelangsingan. Sapukan di bahagian yang bermasalah secara konsisten. Pilih produk yang selamat dan diperbuat daripada bahan alami. Cara ini, bahagian tubuh yang bermasalah seperti peha dan pinggul dapat dikecilkan.
8. Losen pelembap
sapu
Amalkan menyapu losen pelembap pada tubuh setiap kali selepas mandi, ia dapat mengatasi kulit kering. Bagi wanita yang bekerja di dalam bilik penghawa dingin, sapukan losen dengan lebih kerap.
9. Urutan lancarkann perjalanan darah
urut
Pelbagai jenis urutan seperti tradisional Melayu, Jawa, Bali mahupun Thai dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan darah. Urutan ini juga membuatkan tubuh berasa relaks dan memecahkan lemak pada tubuh. Tubuh juga berasa segar dan isi menjadi lebih pejal.
10. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Makan makanan berasas karbohidrat dalam kuantiti sedikit. Karbohidrat yang baik dari buah seperti pisang, sayuran dan gandum. Karbohidrat membekal tenaga pada tubuh, jadi jangan tiggalkan terus kumpulan makanan ini. Lebihkan pengambilan protein kerana ia membentuk otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan. Menu yang disarankan berasaskan ikan, kekacang, ayam dan tenusu.

No comments:

Post a Comment