Sunday, January 26, 2014

7 Khasiat Yogurt untuk kecantikkan

Tidak perlu membazir wang membeli produk mahal. Sebaliknya gunakan sahaja bahan alami. Selain mudah didapati dengan harga berpatutan, ramuan semulajadi ini juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. Syaratnya, anda mesti rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah anda.
yogurt
ツ Kulit lebih halus
Bagi yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar, lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

ツ Atasi kulit terbakar
Sesetengah wanita mengalami masalah kulit terbakar (sun burn) apabila terdedah lama di bawah cahaya matahari terutama jika anda bercuti di pulau atau pantai. Kesannya kulit akan menjadi merah dan mengelupas. Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. InsyaAllah kulit akan pulih seperti sedia kala.

ツ Bantu mengecutkan jerawat
yogurt 3
Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita. Kehadiran jerawat bukan sahaja menyakitkan malah ia juga mencacatkan penampilan wajah anda. Jangan susah hati, cuba aplikasi petua ini. Bersihkan wajah, kemudian sapukan yogurt secara nipis di bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas bersih. Jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
ツ Lebih cerah sekata
yogurt 2
Ingin miliki kulit cerah sekata? Ayuh! Cuba ramuan istimewa ini. Campurkan yogurt dengan pati lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Lakukan tiga kali seminggu, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
ツ Rahsia awet muda
Apabila wajah mula menampakkan garis halus, anda perlu bertindak segera mengekang proses penuaan. Tidak perlu ke pusat  estetik untuk merawat wajah, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan tiga kali seminggu, wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.

ツ Buang sel kulit mati
Yogurt juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut. Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapukan pada seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama 15-20 minit dan gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini. Ia dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.

ツ Rambut lebih sihat, bersinar
yogurt 4
Yogurt megandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein dan vitamin D. Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit dan bilas bersih.
❀❀❀INFO❀❀❀
❥ Untuk melakukan perawatan tubuh, wajah dan rambut hanya gunakan yogurt asli sahaja.
❥ Jika kulit terasa gatal atau berjerawat setelah menggunakannya sekali, ini adalah petanda anda alergi terhadap yogurt atau mungkin semua produk dari susu.

No comments:

Post a Comment