Saturday, November 23, 2013

Madu Bahaya untuk Bayi Anda

Dalam entry sebelum ini saya kongsikan dengan anda 5 cara mudah untuk mengurangkan kesakitan demam selsema. Satu di antaranya ialah dengan minum sesudu madu. Namun diingatkan untuk elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko BOTULISM.
madu
MADU mengandungi spora dari sejenis bakteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Ironinya, spora ini sukar dibunuh, ia tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu Botulism Bayi?
Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah2, cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa bayi tidak diboleh diberikan madu?
baby
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’ dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.
Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Apakah simpton-simpton botulism?
1. Simptom perut yg berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
4. Pertukaran nada nangis (altered cry)

Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiranya bayi anda mempunyai simpton-simpton ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan, simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.
p/s: Madu selamat diamalkan oleh orang dewasa kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang mengcukupi untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora tersebut.
Sumber:> Tips Jaga Anak

No comments:

Post a Comment