Saturday, November 23, 2013

AIR Sumber Cantik Semulajadi

70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kesihatan amat bergantung pada kualiti air yang masuk ke dalam tubuh. Secara saintifik, air dipanggil H2O. Ia bermaksud dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Tanpa air yang mengcukupi, sistem badan tidak dapat berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung, kecantikan dan kesegaran wajah juga akan merosot.
Tahukah anda, air juga berguna untuk kecantikkan? 
tahukah anda
Berikut empat faedah yang bakal anda peroleh jika tahu memanfaatkan sumber alam terbesar ini.
➀ MENAMBAHKAN SERI
muka-berseri
Jika tubuh terhidrat elok di dalam, kulit akan terlihat lebih segar dan berseri. Pakar nutrisi Keri Glassman dan juga penulis The O2 Diet menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Ya, anda sering mendengarnya. Namun wanita yang mengamalkan saranan ini pasti bersetuju dengan kenyataan tersebut!
➁ TEGANGKAN KULIT
bsuh-muka
Sejak berabad dulu, penduduk Eropah Barat sering melakukan terapi air untuk menyahtoksin dan menegangkan kulit mereka. Prosesnya bermula dengan sesi di bilik stim untuk membuka pori-pori. Kemudian mereka berendam di dalam kolam sejuk untuk memberi 'kejutan' pada kulit.
Anda juga boleh mencubanya di rumah sendiri. Cuma rendamkan tuala wajah ke dalam air hangat. Tekapkan tuala tersebut ke wajah beberapa minit. Kemudian cuci wajah dengan air suam. Seterusnya, percikkan ais pada wajah kira-kira 15 minit. "Ya, ia akan kelihatan tradisional namun sangat berkesan untuk menegangkan kulit wajah," ujar Eva Scrivo, pakar kecantikan yang berpusat di New York dan juga pengacara Beauty Talk di Sirius Satellite Radio.
➂ PERBAIKI KOMPLEKSIMU
Acne
Tidak kisah apa jua jenis kulit anda, tentu ada sumber air semulajadi dari serata dunia yang sesuai dengan anda. Bahkan, sumber air ini mungkin mempunyai aksi seperti produk kecantikan yang anda beli. Antara produk sumber air mineral yang banyak dijual di farmasi ialah Evian dan Avene. Semburkan ke wajah dan khasiatnya mampu menyegar serta merawat kulit.
➃ TAMBAHKAN SINAR RAMBUT
tips-rambut-cantik
Selama bertahun-tahun, para pedandan rambut sependapat mengatakan bilasan air sejuk menghasilkan rambut yang lebih bersinar. Ia memang benar! Suhu sejuk ini menegangkan lapisan kutikel rambut. Dengan ini, rambut lebih kuat, lembut dan berkilat (bukan berminyak, ya).

No comments:

Post a Comment