Saturday, November 23, 2013

Aneka Petua

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda petua-petua yang boleh diamalkan untuk kecantikkan dan juga kesihatan. Jika diamalkan, in shaa Allah mungkin ia boleh membantu masalah yang sedang anda alami mengikut penggunaannya. Semoga pembaca semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Bukan sahaja sihat malahan cantik dari dalaman maka terserlah luarannya. Bila hati bersih tak perlu solekan tebal. Pasti sejuk mata sesiapa jua yang memandang.
✦ Minyak Zaitun halang pertumbuhan uban
manfaat-minyak-zaitun
Bagi mengatasi agar rambut lambat beruban, lumurkan minyak zaitun asli di seluruh rambut. Biarkan minyak meresap hingga ke kulit kepala selama satu jam. Selepas itu cuci rambut seperti biasa. Amalkan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. Rambut bukan saja lambat beruban tetapi menjadi lebih cantik dan beralun.
✦ Air kanji legakan batuk
cooking_rice_-_cooking_with_water
Batuk yang teruk akan menyebabkan ketidakselesaan terutama sekali jika tekak turut berasa perit. Bagi mengurangkan masalah ini, ambil segelas air didihan nasi. Campurkan bersama secubit garam dan ragi. Kacau dan biarkan sehingga ia suam. Kemudian, minum pada waktu pagi dan malam.
✦ Hilangkan kutil dengan daun kentang
buga kentang
Untuk menghilangkan kutil, gosokkan daun kentang pada kutil. Lakukan selalu dalam satu minggu. Anda akan dapati kutil gugur dengn sendiri.
✦ Pucuk bunga raya kurangkan panas badan
buga raya
Jika anda mengalami demam dan panas badan, petua ini boleh dipraktikkan. Ambil segenggam pucuk bunga raya kemudian ramas bersama setengah cawan air sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada kepala tiga kali sehari. In shaa Allah panas badan akan berkurangan.
✦ Barli putihkan wajah
barli 1
Bagi yang inginkan wajah yang cerah, ikuti petua orang lama ini. Gorengkan segenggam barli tanpa minyak. Biarkan ia sejuk seketika. Tumbuk barli tersebut hingga ia menjadi serbuk halus. Serbuk tersebut dibancuh dengan sedikit perahan limau nipis dan sedikit air suam. Gaulkan hingga sebati dan sapu rata ke seluruh wajah. Bilas dengan air. Cara ini seeloknya diamalkan seminggu untuk melihat keberkesanannya.
✦ Mencantikkan bulu roma
bwg merah
Bagi anda yang inginkan bulu roma yang cantik, cuba petua ini. Tumbuk dua ulas bawang merah hingga lumat. Kemudian, lumurkan pada betis. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan tiga hari sekali.
✦ Kulit licin dengan tembikai
tembikai
Untuk mendapatkan kulit yang licin, potong kulit tembikai dan tinggalkan bahagian putih di dalamnya sahaja. Sapukan ke seluruh muka anda. Biarkan beberapa minit, barulah dibilas. Lakukan sehingga anda mendapat kesan yang baik.
✦ Tubuh langsing menawan
teh-cina
Idamkan tubuh yang langsing? Rendamkan tiga sudu besar teh cina dalam air panas. Selepas ditapis, campurkan dengan sedikit perahan limau nipis. Jadikan air ini sebagai minuman dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Amalkan selalu sehingga mendapat hasil yang diidamkan.
✦ Atasi cekam kuku
jeruk-nipis-limau-nipis
Jika anda megalami cekam kuku, ambil sebiji limau nipis. Potong bahagian atasnya. Kemudian bakar sehigga menjadi kekuningan. Biar limau tadi suam-suam kuku. Letakkan bahagian kuku yang mempunyai cekam di atas limau tersebut. In shaa Allah nanah pada kuku tersebut akan mengecut dan kuku kelihatan lebih bersinar.
✦ Hilangkan gigitan nyamuk
nyamuk
Bekas gigitan nyamuk boleh diatasi dengan mencampurkan satu sudu makan garam dengan dua sudu air. Biarkan campuran garam tadi larut. Kemudian, gosokkan pada tempat yang gatal. In shaa Allah, rasa gatal tadi akan beransur hilang.

No comments:

Post a Comment