Friday, November 22, 2013

Part 2: VIVIX Shaklee testimonial

Seperti yang saya nyatakan di dalam entry sebelum ini, pada 12 Jun yang lepas saya telah berjumpa surgeon yang telah melakukan minor surgery ke atas saya untuk rawatan susulan iaitu seminggu selepas jahitan dibuka. Namun telah saya nyatakan juga sebelum ini tidak kesemua jahitan saya dibuka kerana ada kawasan yang masih tidak bertangkup sepenuhnya.
Tetapi dengan keberkesanan VIVIX bertindak balas pada luka jahitan itu, maka saya telah ke klinik biasa pada 09 Jun untuk membuka 2 jahitan yang ditinggalkan sebelum ini.
Ketika berjumpa dengan surgeon, dia mengatakan bahawa luka jahitan telah sembuh [setelah meneliti keadaan tangan saya]. Ketika itu juga saya telah diberi penerangan berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh makmal yang mengesahkan ketulan yang dikeluarkan dari tangan saya itu adalah LIPOMA.
Apakah itu LIPOMA?
Ia merupakan pertumbuhan sel-sel lemak di bawah lapisan kulit. Boleh ditumbuh di bahagian badan, leher, peha, lengan atas dan ketiak tetapi ia boleh tumbuh di mana saja bahagian badan kita. Juga boleh tumbuh lebih dari satu dalam masa yang sama. LIPOMA adalah pertumbuhan tisu lembut yang bukan kanser paling biasa ditemui.

Lipoma_02
LIPOMA saya tumbuh seperti ini - sumber WIKIPEDIA
LIPOMA tidak mendatangkan bahaya namun ia boleh dibuang apabila tanda-tanda berikut terjadi:
  • Berasa sakit dan tidak selesa
  • Dijangkiti
  • Mengeluarkan bau busuk
  • Mengganggu pergerakan atau fungsi
  • Semakin membesar
  • Bertambah buruk
Dalam kes saya, ia mendatangkan rasa sakit dan tidak selesa juga membuatkan saya berasa lenguh di bahagian lengan. Alhamdulillah kini ia telah sembuh cuma doktor nasihatkan saya untuk membuat senaman pada tangan [melakukan pergerakan] untuk mengelakkan pembengkakkan atau pengumpulan darah beku. Selepas ini tidak perlu lagi rawatan susulan. Untuk hilangkan parut pula, doktor mencadangkan saya menyapu krim MEDERMA yang boleh didapati di farmasi.
Hari ke 8
Hari ke 8_2
Hari ke 8_3
Setelah 8 Hari Mengambil VIVIX - Kesemua gambar ini telah dirakam pada hari ini, 14 Jun 2013.
Saya akan meneruskan pengambilan VIVIX setiap hari walaupun luka pembedahan telah sembuh sepenuhnya kerana banyak lagi kebaikan yang VIVIX boleh berikan kepada tubuh badan saya. Dari segi luaran ya betul saya sudah sembuh tetapi dari sudut dalaman doktor mengatakan ia memerlukan masa lebih kurang 3 bulan untuk bengkak yang ada itu surut dan 6 bulan untuk rasa ngilu yang dirasai hilang. Apa yang pasti saya memang sudah JATUH CHENTA lagi. Kali ini dengan VIVIX.
Penafian:
*This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:-
Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

No comments:

Post a Comment