Friday, November 22, 2013

Manfaat vitamin B Complex

B Complex
Apakah manfaat yang akan diperolehi daripada pengambilan vitamin B Complex
  • Menukarkan makanan kepada tenaga – Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.
  • Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesan – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian [lebih fokus].
  • Mencegah anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan sengugut – Baik untuk masalah sengugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche – Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossotis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi – Meredakan alahan.
Bagaimana memilih B Complex yang BAIK?
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama).
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).
Mengapa URIN menjadi kekuningan setelah mengambil B Complex?
Pertama sekali anda tidak perlu panik. Ia adalah situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.
Penafian:
*This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:-
Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

No comments:

Post a Comment