Saturday, November 23, 2013

31 Hari Nan Indah: Kekal Sihat dan Bahagia

Masa berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. Bermula dari tarikh awal bulan sehinggalah bertukar bulan yang lain, jadual aktiviti tetap berjalan dengan lancar. Masalah di pejabat mahupun di rumah bukanlah bebanan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.
Untuk memantapkan lagi perjalanan aktiviti harian anda, apa kata lengkapkan tip ini untuk digunakan pada bulan-bulan seterusnya.
❦ AWAL LEBIH BAIK ❦
tidur
Kurang tidur boleh membuatkan anda penat, kurang tumpuan dan daya tahan badan menurun. Jadi, jadualkan tidur anda selama lapan jam. Tidur yang cukup adalah langkah awal untuk lebih sihat.
❦ ISI TENAGA ANDA ❦
Gerakkan badan anda. Isilah tenaga harian dengan menggerakkan badan selepas bangun tidur. Pilihlah senaman yang ringkas dan mudah, sekurang-kurangnya untuk anda lebih bersemangat dan bertenaga.
❦ BUKA TINGKAP ❦
Tidak perlu mengunci jam tetapi tidurlah dengan membuka sedikit tingkap. Biarkan alam yang membangunkan anda dengan sinaran matahari di sebalik tirai langsir.
❦ SEGARKAN BADAN ❦
Pakar kulit Liz Earle (ul.lizearle.com) menyarankan supaya anda mandi dengan menggosok seluruh badan. Selain membersihkan kulit, gerakan daripada gosokan ini dapat melancarkan aliran darah pada badan.
❦ NIKMATI SINARAN PAGI ❦
Dapatkan vitamin D setiap hari untuk tulang yang sihat dan imunisasi badan lebih tinggi. Sekali sekala, anda boleh bersarapan di bawah sinaran pagi yang nyaman.
❦ SARAPAN KEGEMARAN ❦
Rancang menu sarapan anda selama seminggu. Pada masa yang sama, masukkan sekali buah dan sayur dalam menu anda.
❦ BEKALAN KE PEJABAT ❦
Jika anda berkerjaya, bawalah bekal untuk makan tenghari atau snek dari rumah. Contohnya, edamame rebus, salad, yogurt atau potongan buah.
❦ UNTUK LEBIH SIHAT ❦
Tulislah 'minum teh tanpa gula' di meja anda. Cara ini dapat memberi motivasi untuk anda.
❦ PILIH FOTO KEGEMARAN ❦
Pilihlah gambar kegemaran anda untuk diletakkan di screen saver komputer atau tempat yang mudah untuk dilihat. Menurut Dr Peter Naish, pakar psikologi di UK, makanan dan minuman boleh meningkatkan mood sebanyak 1% sedangkan foto-foto ini dapat menciptakan rasa bahagia sehingga 11%.
❦ SENYUMAN MANIS ❦
senyum
Wajah memainkan peranan penting dalam mengatur mood seseorang. Pastikan anda memulakan hari dengan senyuman yang manis.
❦ BERGERAK ❦
Pastikan anda bergerak aktif setiap hari. Gantikan program senaman anda secara berkala. Anda juga boleh aktifkan diri dengan mengubah dekorasi rumah anda. Tentu lebih menarik.
❦ JATUH CINTA DENGAN JUS ❦
Biasakan diri dengan minum segelas jus segar setiap hari. Cuba juga dengan bereksperimen dengan pelbagai jenis jus buah.
❦ HALANGAN GULA ❦
Manfaat-Gula
Menurut Dr Phaidon L. Toruan dan G Lukman dalam buku Performance Nutrition, jika anda memaksa badan anda menerima gula dalam jumlah yang banyak, fungsi insulin akan berkurangan. Kesannya, anda berisikoo mengalami kegemukan dan diabetes boleh meningkat.
❦ ELAKKAN RASA LAPAR ❦
Anda betul-betul lapar dan ingin makan? Biasakan dengan menunggu selama 20 minit sebelum anda mengambil hidangan. Jika masa anda makan tidak lebih dari tiga jam itu bermakna anda bukanlah lapar sebenarnya.
❦ KOPI ATAU TEH ❦
Nikmatilah kopi kegemaran sebanyak satu atau dua kali sehari sahaja. Jika anda memilih teh, ambillah tiga kali sehari.
❦ KIRA JUMLAH VITAMIN ANDA ❦
Hitunglah jumlah vitamin C yang anda ambil setiap hari. Nikmatilah dua biji limau, dua biji kiwi atau dua jenis jus buah untuk melengkapkan jumlah vitamin C harian anda.
❦ CINTAI PROTEIN ❦
Perhatikan makanan yang anda ambil. Ikan, ayam, daging, kekacang, tempe atau tauhu. Protein ini membantu anda meningkatkan hormon serotonin dalam badan.
❦ MINUM SEBELUM MAKAN ❦
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, minumlah 500ml air putih, 30 minit sebelum anda makan tengahari atau makan malam. Cara ini membantu anda untuk mengambil hidangan yang sedikit daripada biasa.
❦ GIGI SIHAT ❦
dentist
Jadualkan kehadiran anda untuk berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap empat bulan hingga enam buan sekali.
❦ MESTI ADA LOBAK MERAH ❦
lobak
Minum jus lobak merah setiap hari dapat memenuhi keperluan vitamin A agar pigmen kulit dapat menahan dari sinaran matahari.
❦ TAKE A BREAK ❦
Dalam sehari, jadualkan waktu anda yang tetap dengan merehatkan tangan, mata, hati dan fikiran dengan dunia maya anda.
❦ SAYANGI BADAN ANDA ❦
Pastikan anda menghindari makanan yang menjadi 'musuh badan' anda. Ini untuk membantu mendapatkan berat badan ideal.
❦ CINTAI AIR PUTIH ❦
Inilah yang sering disaran iaitu mengambil lapan gelas air putih setiap hari. Untuk memenuhi manfaatnya, anda boleh tambahkan dengan jus lemon atau limau nipis. Air ini boleh melawan lemak dan meningkatkan imunisasi badan.
❦ BERPUASA ❦
Sesekali anda boleh berpuasa. Bukan sahaja berpuasa sehari penuh tetapi anda boleh mengaturnya dengan 'puasa' gula, karbohidrat, makanan ringan dan sebagainya.
❦ ALUNAN MUZIK 30 MINIT ❦
Dengarlah muzik sekuarng-kurangnya 30 minit sehari. Anda boleh merasa tenang dan dapat menurunkan tekanan yang dihadapi. Pilihlah muzik kegemaran anda untuk menjadi halwa telinga.
❦ GO GREEN! ❦
Tingkatkan kosentrasi dan produktiviti dengan membawa tanaman hijau dalam ruangan anda. Cara ini juga dapat mengelakkan stress dan lebih tenang.
❦ I LOVE LUNCH! ❦
Nikmati hidangan makan tenghari anda. Tutup komputer dan diari anda. Inilah waktu untuk anda menambah tenaga untuk waktu seterusnya.
❦ BERSIHKAN ❦
Pastikan lingkungan anda sentiasa bersih sama ada rumah atau meja kerja. Bukan sahaja membersihkan debu tetapi juga barangan yang tidak sepatutnya.
❦ VARIAN SAYURAN ❦
Jadikan sayuran sebagai sahabat badan anda. Masaklah sayuran dengan cara berbeza setiap hari. Contohnya, membuat salad, makan mentah, tumis dan sebagainya.
❦ HAPUSKAN BAKTERIA ❦
Bakteria boleh membiak, bukan sahaja di rumah malah di pejabat. Mungkin juga anda tidak sedari beg tangan anda yang diperbuat daripada kulit. Jadi, lap dan sapu secara teratur dengan cairan anti bakteria.
❦ PERIKSA BERAT BADAN ❦
Berat badan boleh menunjukkan keadaan kesihatan anda. Sebaiknya, periksalah secara rutin. Mungkin berat badan yang meningkat boleh diatasi dengan mengurangkan karbohidrat untuk beberapa hari agar berat badan kembali normal.

No comments:

Post a Comment