Wednesday, November 20, 2013

SHAKLEE, Kenapa ia menjadi pilihan saya?

Dimulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian lebih 350 kajian telah dijalankan ke atas setiap ramuan barunya, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kajian terus dilakukan ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini menjadikan Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Energizing Soy Protein (ESP)
ESP
Ini adalah produk pertama yang saya beli. Terbukanya pintu hati saya untuk mencuba produk SHAKLEE setelah saya melahirkan anak ketiga. Memandangkan kali ini baby saya tidak seperti kakak dan abangnya yang senang tidur dan memudahkan saya untuk membuat kerja rumah. Maka saya membuat keputusan drastik untuk mendapatkan bantuan PAKAR untuk kekal cerdas dan bertenaga. Tambahan pula ketika itu bulan ramadhan akan menjelma. Saya perlu lakukan sesuatu atau saya akan sentiasa keletihan.
Ya saya akui. Dulu sebelum jatuh cinta dengan Shaklee saya seperti anda semua dah setkan dalam kepala yang PRODUK SHAKLEE memang BAGUS tetapi ia MAHAL. Akan tetapi setelah saya membelinya buat pertama kali saya dapati ia ditawarkan dengan harga mampu milik. Malahan anda boleh lihat ada produk lain yang jauh lebih mahal dari Shaklee namun masih ada demand. Apa yang pasti harga produk Shaklee setanding dengan khasiatnya.
Saya benar-benar menyukainya!
Ya. Saya sudah jatuh cinta dengan ESP. Kenapa?

Anda akan dapat merasai kelainannya setelah mengambil ESP. Kulit baby juga kelihatan cantik. Keyakinan telah datang dan kemudiannya saya terus membuat belian untuk Set Penyusuan Shaklee. Ketika bulan ramadhan saya mengamalkan mengambil segelas ESP ketika sahur dan segelas lagi pada sebelah malam. Di samping ESP saya juga telah mula mengambil Set Penyusuan ketika ini. Syukur Alhamdulillah saya tidak merasa letih ketika berpuasa dan masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah walaupun pada sebelah malamnya saya kekurangan tidur kerana baby kerap bangun pada waktu malam [baby saya meragam tak nak tidur, nak selalu ditepuk bahagian belakang badannya, jika berhenti dia akan terjaga. Dia juga tidak mahu dimasukkan ke dalam buaian – sedikit mengada-ngada seperti mamanya juga. Pernah saya rasakan saya perlu dapatkan MESIN TEPUK BABY. hehehe mana nak cari].

set menyusu
Untuk pengetahuan anda semua, dulu hobi saya ialah TIDUR walaupun setelah bergelar isteri dan ibu. Dari zaman kolej saya memang terkenal dengan hobi yang satu ini. Suami saya juga sudah terlebih masak dengan hobi yang tak berfaedah ini [di sini saya dan suami memunyai berlawan sifat, dia tidak suka tidur siang tetapi saya amat menyukainya, hehehe. Alasan saya simple. Penat!]. Namun hobi ini bukan lagi hobi pada saya. Dah hampir setahun saya meninggalkannya setelah saya mula mengenali SHAKLEE. Walaupun sebelah malam saya hanya dapat tidur-tidur ayam tapi pada sebelah siangnya saya tidak lalu nak bermalas-malasan di tempat tidur. Waktu-waktu berharga yang saya ada [ketika anak saya tidur] saya gunakan sebaiknya untuk melakukan kerja-kerja rumah dan meluangkan masa bersama dengan anak kedua saya yang baru berusia 2 tahun.
Untuk pengetahuan anda, bukan saya seorang sahaja yang mengambil ESP. Anak saya yang sulong dan suami saya juga mengambilnya. Alhamdulillah anak saya dapat berpuasa penuh pada ramadhan 2012. Anak saya berusia 8 tahun. Saya telah mengajarnya berpuasa seawal usia 6 tahun. Ketika itu dia berpuasa tak sampai setengah hari. Balik dari tadika dia dah sibuk nak berbuka. Hasilnya tiada sehari pun dia dapat menghabiskan waktu puasanya. Pada usia 7 tahun saya tegaskan dia perlu berpuasa penuh tapi jika dia tidak sihat saya akan bagi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Sepanjang bulan ramadhan ketika itu sebanyak 2 hari dia telah meninggalkan puasa kerana tidak bangun sahur. Tapi dari pemerhatian saya dia terlalu penat dan sering tidur sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa. Kesian anak mama.
Ramadhan datang lagi. Seperti biasa saya memberitahunya. Kita perlu berpuasa kalau nak Allah sayang pada kita [tiada kompromi untuk tidak berpuasa walaupun tidak bangun sahur, ugut saya. Hehehe tegasnya]. Cuma kali ini seperti saya dia mengambil ESP ketika bersahur dan selepas berbuka. Syukur pada Allah. Anak saya dapat berpuasa penuh dan paling ketara saya boleh lihat. Dia tidak lagi keletihan walaupun seharian berada di sekolah. Balik dari sekolah masih lagi bertenaga untuk main kejar-kejar dengan adiknya di playground. Ketika hujung minggu dia tidak tidur seperti ramadhan sebelumnya tetapi melayan adiknya bermain atau membuat kerja sekolah dan menonton tv.
Suami saya pula sentiasa sibuk. Waktu makan juga tidak menentu. Kadang-kadang dia rasa lemah dan tidak bertenaga. Setelah dia mengambil ESP dia tidak lagi pening kepala walaupun terlewat waktu makan. Ketika ramadhan pula, buat pertama kalinya dia tidak diserang demam, kering tekak dan batuk [selalunya setiap kali pertengahan ramadhan, suami saya akan mula sakit-sakit kerana kerjanya memerlukan dia keluar office ke tempat clients walaupun ketika cuaca panas terik. Dia senang dihidrat tambahan pula bulan ramadhan]. Paling teruk suami saya terpaksa mengambil ubat dan memaksanya untuk meninggalkan puasa dan mengantikkannya selepas bulan ramadhan. Tetapi pada 2012, suami saya berpuasa penuh dan paling penting, dia sihat dan kekal cergas sehingga berakhirnya ramadhan. Syukur alhamdulillah.
Kerana itu, ESP sentiasa ada di rumah saya. 100% guarantee puas hati. Kesimpulannya ramadhan yang lalui kami berpuasa tanpa rasa lapar cuma sedikit dahaga. Dan pasti. Ramadhan selepas ini ESP akan terus bersama kami. InsyaAllah. Saya menyukainya. Begitu juga dengan suami dan anak saya.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP dan produk Shaklee yang lain-lain sila hubungi saya.
Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com

No comments:

Post a Comment