Saturday, November 23, 2013

Ketahui 9 TIP Sihat Langsing Ala Wanita Jepun

Apabila anda membuat kajian atau melayari internet dengan melihat wanita-wanita Jepun, boleh dikatakan sukar mencari wanita yag berisi. Hampir semua warga Jepun mempunyai berat badan ideal. Mereka dijadikan contoh kerana memiliki badan yang langsing secara semulajadi walaupun sudah mempunyai beberapa orang anak.
kimono21
Ingin tahu rahsia langsing mereka? Cuba ikuti tip ini.
ツ SARAPAN YANG SIHAT
Sejak kecil warga Jepun dibiasakan dengan sarapan. Mereka memasak dengan pelbagai menu sebelum memulakan aktiviti harian. Banyak penelitian mengatakan seseorang yang rajin bersarapan dapat mengawal keinginan makan lebih banyak pada waktu makan tengahari atau malam.
ツ TIDAK MENGAMBIL MAKANAN BERGORENG
sushi
Biasanya, kita lebih gemar masakan bergoreng seperti ikan goreng, murtabak, ayam goreng dan sebagainya. Tetapi wanita Jepun lebih suka mengambil makanan berebus, berkuah atau tumis dengan sedikit minyak.
Makanan yang bergoreng sangat tinggi kalori. Semakin tinggi kalori semakin cepat pertambahan berat badan. Sebaliknya makanan yang direbus lebih sihat dan mempunyai sedikit kalori.
ツ  TIDAK MALU MEMBAWA BEKAL MAKANAN
Mereka juga sudah terbiasa dengan membawa bekal makanan dari rumah. Contohnya, membekalkan makanan anak-anak ke sekolah atau ke pejabat. Malah, mereka tidak malu membawa bekal yang dimasak sendiri dari rumah.
Selain membuatkan badan lebih sihat, ia juga dapat mengelakkan daripada mengunyah makanan yang boleh menambahkan berat badan.
ツ SNEK RENDAH KALORI
Wanita Jepun lebih suka mengambil makanan berat tetapi rendah kalori. Contohnya, daikon atau lobak putih yang dimasak sup, shirataki, cendawan shintake dan sebagainya.
Makanan ini sangat rendah kalori kerana direbus, kukus dan lain-lain yang tidak menggunakan proses menggoreng.
ツ NASI YANG SEDIKIT
images
Wanita Jepun juga mengambil nasi sebagai makanan ruji mereka. Tetapi mereka memasukkan nasi ke dalam mangkuk yang kecil dan meletakkan lauk ke dalam mangkuk. Hidangan nasi lebih sedikit berbanding lauk dan sayuran. Jumah sayuran dan lauk ini sudah cukup untuk membuatkan mereka kenyang.
ツ PENGAMBILAN SOYA DAN TAUHU
Selain daripada mengambil makanan laut, wanita Jepun juga sangan suka mengambil makanan daripada kacang soya. Tauhu adalah makanan kegemaran mereka.
ツ MAKAN IKAN DAN PRODUK LAUT
salmon
Selain itu, mereka juga lebih suka memilih ikan dan hasil laut berbanding ayam, daging, kambing dan sebagainya. Ikan dan makanan laut mempunyai kalori dan lemak yang sedikit. Biasanya, mereka akan merebus, kukus dan menggoreng dengan sedikit minyak sahaja demi menjaga kandungan protein.
ツ TIDAK GEMAR MAKANAN SEGERA
Wanita Jepun suka kepada sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan menu mereka penuh dengan warna. Mereka tidak terlalu menggemari makanan segera ala Barat. Warga Jepun suka kepada makanan semulajadi yang berwarna warni. Pilihan mereka tetap beragam dan penuh warna.
ツ SUKA MAKAN BUAH DAN SAYUR
Sayuran adalah menu makanan yang wajib setiap hari. Bahkan sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi penghias untuk bekalan makanan mereka tengahari mereka. Selain itu, mereka suka mengambil buah-buahan terutamanya pada musim sejuk. Mereka lebih suka mengambil oren segar berbanding snek yang berkalori tinggi.

No comments:

Post a Comment