Saturday, November 23, 2013

5 Cara Mudah Mengurangkan Kesakitan Demam Selsema

Anda dan anak-anak sering merasa kurang sihat terutama akibat demam dan selsema. Bagaimana cara terbaik untuk mengembalikan pertahanan tubuh anda yang terletak di tempat tidur atau katil.
Ramai yang terlupa bahawa tempat tidur adalah antara tempat terbaik yang dapat membantu merawat dan mengurangkan kesakitan. Satu kajian Archives of Internal Medicine mendapati peserta yang tidur malam kurang daripada tujuh jam adalah tiga kali ganda lebih terdedah mendapat gejala demam selsema berbanding mereka yang mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam.
:: Minum cecair panas
teh-panas
Sesetengah cecair boleh membantu mencegah dihidrasi dan melegakan sesak hidung, tetapi minuman panas lebih baik berbanding minuman pada suhu bilik dalam melegakan gejala demam selsema begitu juga sakit tekak, demikian menurut Common Cold Centre di Universiti Cardiff United Kingdom.
Jadi selain minum air yang banyak, minum sedikit teh paas atau air panas dicampur sedikit limau dan madu. Dan semestinya tiada yang menandingi keenakkan sup ayam yang disediakan nenek ketika anda sakit. Sup ayam dikatakan mengandungi bahan anti-keradangan dan boleh membantu melegakan dan melancarkan laluan lendir menerusi hidung.
:: Berkumur dengan air
garam
Menurut pakar, berkumur dengan air garam yang suam dapat membantu mengurangkan rasa sakit tekak dan membuat anda rasa lebih selesa. Caranya mudah saja, larutkan sesudu garam dalam segelas air suam. Cuba ulang berkumur setiap tiga hingga empat jam untuk kelegaan, sementara sembuh sepenuhnya.
:: Minum sesudu madu
madu
Sekiranya anak anda sukar tidur sepanjang malam kerana batuk, cuba suap sesudu madu. Kajian yang diterbitkan oleh Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mencadangkan dengan memberikan madu sebelum tidur dapat membantu menenangkan dan mengurangkan batuk anak anda dengan melegakan dan menyaluti tekak. Tapi ingat, elakkan memberi madu kepada anak yang berusia kurang setahun kerana risiko botulism.
:: Bebaskan hidung anda
baby-saline
Gunakan ubat titisan saline hidung bagi melawan hidung tersumbat dan bagi mengekalkan tisu rongga hidung sentiasa lembap. Cara ini juga selamat dan tidak menyakitkan untuk kanak-kanak.
Kajian yang dilakukan pengkaji dari Czechoslovakia mendapati kanak-kanak yang menggunakan titisan saline hidung berbanding ubat batuk dan selsema tidak kerap meninggalkan sekolah serta kurang mengalami gejala demam dan selsema berbanding mereka yang hanya menerima ubat. Kajian di Universiti of Winconsin pula mendapati pencuci hidung dengan air garam juga dapat memperbaiki gejala alahan.
:: Lembapkan kediaman anda
kediaman
Demam selsema dan virus influenza lebih bertahan lama dalam keadaan yang kering. Penggunaan alat pelembap 'cool-mist' dapat melawan udara kering dalam kediaman yang boleh membawa kepada hidung tersumbat dan tekak yang gatal. Pastikan alat pelembap itu bebas dari bakteria atau kulat dengan menukar air setiap hari dan membersihkan unit berkenaan setiap tiga hari.

No comments:

Post a Comment