Saturday, November 23, 2013

Zinc Shaklee

zinc
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
Nutrition Fact: 
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Kenapa  ZINC perlu diambil SEBELUM MAKAN?  Ada perbezaankah jika diambil SEBELUM atau SELEPAS makan?
Jawapan:
ADA

Penjelasan:
Pasti kita menyedari bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Hal ini juga (kehilangan nutrient) boleh terjadi  semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi  15mg  Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adakah kesemua zinc ini diserap oleh tubuh kita? Kita disarankan untuk mengambil vitamin zinc complex semasa perut kosong iaitu dalam tempoh setengah jam atau sejam sebelum makan kerana di dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!
NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari-hari pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, in shaa Allah selepas itu anda akan OK.
perut
Anda Perlu Tahu!
Antara sebab lain kenapa perlu mengambil zinc sebelum makan kerana perut manusia ada asid. Perut yang kosong akan mempercepatkan proses melarutkan zinc. Oleh yang demikian ia memudahkan nutrisi dan mineral zinc tersebut menyerap ke dalam badan kita. Secara ringkas, badan kita mendapat manfaat dari pengambilan zinc tadi.

Dek kerana itu, saranan waktu terbaik untuk mengambil zinc adalah di antara setengah jam hingga sejam sebelum makan supaya pengakhirannya kita boleh menikmati kesan optimum dari pengambilan zinc tersebut.

No comments:

Post a Comment