Saturday, November 23, 2013

Rahsia Tampil Muda

4 Tip Mudah dan Ringkas
Awet mudah. Siapa yang tidak mahu? Tanyalah mana-mana wanita pun. Rata-rata akan tersenyum bangga jika dipuji tampak muda daripada usia sebenar. Tapi wanita, AWAS ya! Kadang-kadang orang itu sekadar 'bermanis mulut'. Kalau betul-betul mahu awet muda, ayuh ikuti 4 rahsia JIMAT CANTIK ini.

✿ Jangan Banyak Makan Sangat ✿
makan
Kebanyakan orang tua di Okinawa, Jepun akan berhenti makan apabila mereka merasa kenyang 80%. Tidak hairanlah mereka sentiasa sihat dan panjang umur. Ambillah pengajaran daripada fakta ini. Usah makan berlebihan. Islam juga mengajar kita tidak makan terlalu kenyang, kan?
✿ Lakukan Hubungan Seks ✿
Oppppssss, tip ini hanya sah untuk suami isteri sahaja. Mehmet Oz, MD, Profesor dan Naib Pemgerusi Pembedahan fi New York Presbyterian-Columbia University memberitahu wanita yang menikmati hubungan seks akan hidup lebih lama. Maksudnya di sini, emosi dan fizikal mereka bahagia kesan daripada hubungan yang berjaya itu. "Seks memberikan anda momen Zen yang tidak dapat anda temui sepanjang hari," jelasnya lagi. Jom, hantar sms 'nakal' kat suami.
✿ Ambil Banyak Tumbuh-tumbuhan ✿
sayur
Wanita yang banyak makan sayur dan buah sentiasa kelihatan sihat, cantik dan berseri. Ironinya, wajah mereka akan tampak lebih muda berbanding rakan sebaya yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Inilah rahsia khasiat tumbuhan alam pada kesihatanmu.
✿ Rangsang Minda ✿
baca
Satu ujian neuropsikologikal telah dijalankan pada warga tua yang berusia 80 tahun. Warga tua itu menunjukkan prestasi minda yang sama dengan orang yang berusia 50-an. Hasil ujian mendapati usia emas mempunyai masalah kekusutan otak yang sedikit (lebihan protein yang berkait rapat dengan Alzheimer's).
Pakar percaya otak warga tua yang aktif mempunyai perlindungan yang tidak dimiliki oleh yang lebih muda. Oleh itu, saintis mencadangkan agar kita kerap merangsang minda pada usia ini. Banyakkan membaca dan cubalah benda-benda baru dalam hidup. Apabila otak sentiasa aktif walaupun di usia emas, ia membuatkan kita sentiasa awet muda.
Nah, sekarang anda dah tau RAHSIAnya kan. Apa tunggu lagi. Mulakan hari ini. Selepas itu anda pasti kelihatan AWET MUDA.

No comments:

Post a Comment