Wednesday, November 20, 2013

Tips Atasi Masalah Rambut

Selain daripada menjaga penampilan, rambut juga memerlukan belaian kasih sayang. Wanita sering mengalami masalah rambut dan ianya tidak mustahil bagi mereka yang ingin memiliki rambut bermaya dan bersinar.

TETAPI, BAGAIMANAKAH CARANYA?

rambut-cantik-menawan
TIP ATASI RAMBUT ROSAK
Bagi mereka yang gemar menggunakan alatan elektronik yang memberi suhu panas pada rambut, contohnya alat pengering dan pelurus rambut, dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaannya. Jika tidak boleh dielakkan, gunakan serum atau krim pelindung rambut untuk melindunginya daripada kepanasan. Lebih selamat menggunakan alat pengerinting dan pelurus rambut yang diperbuat daripada seramik kerana ia dapat melindungi rambut daripada mengalami kerosakan yang teruk.
TIP ATASI RAMBUT BERMINYAK
Antara penyebab rambut berminyak adalah kurangnya mencuci rambut. Hindari masalah ini dengan mencuci rambut sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda. Gunakan perapi rambut dan elakkan daripada terkena kulit kepala. Selain itu juga, penggunaan hair mask dapat melindungi dan memperbaiki rambut rosak.
TIP ATASI RAMBUT BERKELEMUMUR
Pengambilan syampu anti-fungus dapat mengatasi masalah kelemumur yang serius. Selain itu lumurkan perahan air limau nipis selepas anda mencuci rambut dan biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air yang bersih. Dengan cara ini, kelemumur dapat diatasi di samping rambut menjadi lembut dan bersinar.
TIP HINDARI RAMBUT GUGUR
Hindari rambut gugur dengan masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air yang mendidih. Tapis serbuk teh tersebut dan ambil airnya. Air teh yang telah ditapis dibancuh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, sapukan pada kulit kepala dan biarkan ia selama tiga jam. Amalkan petua ini dua minggu sekali dan gunakan syampu kawalan rambut gugur dua kali sehari.

No comments:

Post a Comment